Jalan terus jem, 2 peronda JPJ cek semua kereta hanya disebabkan ini

Jalan terus jem, 2 peronda JPJ cek semua kereta hanya disebabkan ini. Sekumpulan lelaki menjadi tumpuan warganet selepas satu rakaman video dimuat naik oleh seorang individu memaparkan mereka sedang mencari seekor si Oyen yang berada di tengah lebuhraya.

Pemilik video yang berkongsikan sebuah rakaman video pendek ini berkata bahawa huru-hara disebuah lebuhraya disebabkan seekor kucing yang akhirnya berjaya diselamatkan.

Menerusi rakaman video, beberapa orang lelaki turun daripada kenderaan masing-masing lalu bersama-sama mencari seekor anak kucing yang dilihat berkeliaran di tengah-tengah jalan sehingga menyebabkan huru-hara kawasan tersebut.

Jalan terus jem, 2 peronda JPJ cek semua kereta hanya disebabkan ini

Kejadian tidak disangka terjadi itu turut dirakam oleh pemilik video dimana usaha sekumpulan lelaki terbabit dalam menyelamatkan seekor anak kucing yang terkenal dengan panggilan si Oyen ini dipuji dan menerima pelbagai reaksi positif netizen.

Muat naik pengguna TikT0k atas nama, Innchoker tersebut bagaimanapun turut menarik tumpuan orang ramai dengan ribvan warganet ‘hadir’ namun rata-rata mereka juga sebenarnya tertarik dengan rakaman video tersebut disebabkan lelaki yang merakam itu didengar begitu terhibur yang dalam pada masa sama turut mencuit hati warganet dengan gelaknya.

@innchoker Ada haiwan dalam bahaya 😅 #fypdongggggggg #fypシ #jpjmalaysia #enforcementjpjpenang #animalsoftiktok #pecintakucing #saveanimals #jpj #catsoftiktok ♬ original sound – InnChoker

BACA:

Nilai matawang negara makin susut, cecah RM4.60 untuk 1 Dollar

Peminat tak sabar nak tengok Ira Kazar kahwin

Terlibat skandal rasuah dan penipuan, rakyat Malaysia ditahan