Isytihar darurat ibarat guna bom untuk hapus tikus di loteng rumah – Rafidah Aziz

Isytihar darurat ibarat guna bom untuk hapus tikus di loteng rumah – Rafidah Aziz

Rakyat masih boleh menerima sekiranya Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19 di negara ini, kerana ia adalah selari dengan amalan negara-negara lain, kata Tan Sri Dr Rafidah Aziz.

Tambahan pula, jelas bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu, amalan penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka di tempat awam, dan sanitasi semua sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian.

Namun, kata Rafidah lagi, sebarang cubaan untuk mengisytiharkan darurat dengan alasan untuk mengawal penularan COVID-19 adalah satu tindakan yang dilihat sangat drastik.

“Rakyat boleh terima PKP, PKPB dan sebagainya, bersekali dengan amalan dunia mengenai penjagaan jarak, penggunan topeng muka dan sanitasi kerana ini adalah langkah yang perlu diambil untuk menghalang penularan. Kita sudah tujuh bulan lalui kesemua ini.

“Tetapi pengisytiharan darurat bukan sahaja memberi kesan kepada Parlimen, dan proses demokrasi…ia seolah-olah menggunakan bom untuk menghapuskan tikus di loteng rumah. Seluruh rumah akan musnah,” katanya lagi dalam catatan di Facebook beliau.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/darurat-berhenti-cari-alasan-untuk-berpegang-kepada-kuasa-rafidah-aziz-265062

COMMENTS