Isu tuntutan waris Sulu, Najib terus salahkan kerajaan PH

Isu tuntutan waris Sulu, Najib terus salahkan kerajaan PH. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membidas tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang menyalahkannya berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Sabah, sedangkan kesilapan paling besar dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Najib menyifatkan kesilapan besar itu ialah tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menulis surat kepada waris Sultan Sulu untuk menyatakan rasa kesal dan menawarkan bayaran RM48,000 bagi menyelesaikan kes bayaran yang dihentikan kepada waris berkenaan waris berkenaan.

Najib berkata, pendirian kerajaan Malaysia ialah tidak pernah mengiktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu dan kerajaan PH juga tidak menghantar atau melantik peguam untuk mempertahan kerajaan di mahkamah timbang tara.

“Bukan setakat kerajaan PH tidak membincangkan perkara ini dalam Kabinet, biar pun ia tuntutan RM66 bilion tetapi kerajaan PH juga tidak menghantar peguam untuk mengambil bahagian semasa timbang tara.

“Paling jahanam adalah walaupun kerajaan PH mengambil pendirian kita tidak iktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Sultan Sulu tetapi Peguam Negara kerajaan PH pula menulis surat untuk mengaku kesal, mengiktiraf waris Sulu dan menawarkan untuk membayar tunggakan RM48,000.

Isu tuntutan waris Sulu, Najib terus salahkan kerajaan PH

Isu tuntutan waris Sulu, Najib terus salahkan kerajaan PH

“Di sana tak mahu iktiraf, di sana pula tulis surat untuk iktiraf? Surat ini pula digunakan sebagai bukti dalam mahkamah timbang tara yang Malaysia mengaku salah dan kita dikenakan tuntutan membayar RM66 bilion pula,” kata beliau melalui Facebooknya, malam tadi.

Semalam, Rafizi mendakwa kegagalan dan kecuaian pentadbiran kerajaan ketika diterajui Najib menjadi punca menyebabkan harta milik PETRONAS dan agensi lain terdedah tindakan sita di seluruh dunia, dalam isu tuntutan waris Sultan Sulu kepada kerajaan.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pekan itu kerana didakwa cuai dalam kes berkaitan isu tuntutan waris Sultan Sulu kepada kerajaan.

Najib mendakwa, menteri kerajaan PH cuba lepas tangan dan mengatakan mereka tidak tahu Tommy menghantar surat berkenaan.

“Tak ambil berat untuk bincang dalam Kabinet kerajaan PH, tak hantar peguam untuk mengambil bahagian dan menulis surat untuk mengaku kesal dan salah pulak? Mahu kita tak kalah,” katanya.

BACA: 

Dukung anak sambil buat kerja, tindakan bapa tunggal ini undang simpati ramai

Ini panduan kewangan bagaimana mahu jadi kalis inflasi