Isu air : MB Selangor kemuka laporan penuh kepada biro politik PKR

Isu air : MB Selangor kemuka laporan penuh kepada biro politik PKR

Mesyuarat Biro Politik KEADILAN hari ini telah menerima laporan penuh berkenaan kejadian pencemaran sungai dan gangguan bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3.

Biro Politik KEADILAN telah menyampaikan beberapa pandangan termasuk rungutan dan kegusaran warga Lembah Klang yang terkesan akibat isu gangguan bekalan air, serta memberi beberapa cadangan untuk pertimbangan YAB Datuk Menteri Besar Selangor.

YAB Datuk Menteri Besar Selangor telah memaklumkan bahawa beliau dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan mengadakan mesyuarat khas berkenaan isu gangguan bekalan air dan akan mempertimbang tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam pencemaran sumber air mentah di Selangor.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Sumber :

COMMENTS