Isteri Yonnyboii dedah memang seksi dari dulu lagi

Isteri Yonnyboii dedah memang seksi dari dulu lagi. Baru-baru ini, nama Nik Nazira isteri kepada Yonnyboii, sekali lagi menjadi topik bualan hangat netizen apabila didakwa ‘culture shock’ selepas berkahwin dengan penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Nik Nazira sendiri dengan menyatakan dia sudah berpenampilan seksi sejak dari zaman kolej lagi.

Tambah Nazira, 22, dia selesa menjadi diri sendiri walaupun sedar menjadi mangsa kec4man netizen di media sosial.

Tegas Nazira yang juga personaliti media sosial, perubahan penampilannya itu bukanlah berlaku selepas berkahwin dengan Yonnyboii. Sebaliknya, ia adalah imej lama sejak dulu lagi.

Nazira berkata, dia telah dinasihati oleh suami tercinta untuk tidak membaca komen bagi mengelakkan emosi terganggu.

Isteri Yonnyboii dedah memang seksi dari dulu lagi

Dalam pada itu, pemilik nama Nik Nazira Narriman menegaskan dia bukan individu yang suka meraih perhatian daripada warganet.

Bagaimanapun, Nazira meminta maaf sekiranya penampilannya itu dianggap terlalu seksi sehingga membuatkan mata orang lain ‘s4kit’.

Sebelum ini, Nazira ada memuat naik sebuah video mengikuti trend ‘You Don’t Even Exist to Me’ dengan berpakaian seksi sambil berjalan seperti model menggunakan lagu Gaga Dance.

Dalam rakaman video tersebut, pakaian Nazira dilabel sebagai mencolok mata kerana menampakkan kulitnya pada bahagian lengan dan perut serta skirt terlalu singkat.

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, Nik Nazira dilihat berjalan ‘ala-ala’ model diiringi lagu Just Dance nyanyian Lady Gaga versi remix sehingga meraih hampir 700,000 tontonan.

Ramai netizen mempersoalkan fesyennya yang dikatakan kurang sesuai sekali gus mengecam peranan Yonnyboi sebagai seorang suami.

Terdahulu, Yonny dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

@niknaziraU DONT EVEN EXIST TO ME♬ original sound – mitch

BACA:

“Penyokong Pas sampai kata nak membunuh..” – Anwar

Pete Davidson guna ‘senjata’ saiz 9 Inchi pikat gadis

2 hari lagi nak PRU, banjir makin teruk di Malaysia