Isteri pertama teruja temani suami bernikah lagi

Isteri pertama teruja temani suami bernikah lagi

Isteri pertama teruja temani suami bernikah lagi.Menerusi satu klip video yang dimuat naik di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Jiji itu dilihat setia berada di samping suaminya pada hari pernikahan lelaki itu dengan isteri baharunya.

Seorang wanita dari wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian di media sosial apabila menemani suaminya yang berkahwin lain dalam satu upacara akad nikah, lapor laman berita Suara.com semalam.

Jiji juga dilihat kerap memeluk madunya serta memakaikan seutas gelang emas kepada wanita itu yang dikeluarkan dari beg tangannya.

“Tabahnya wanita ini. Dia menemani suaminya dan mengizinkan suaminya bernikah lagi,” kata perakam video tersebut.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya bergambar bersama dengan raut wajah yang gembira.

Seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa merupakan anak bongsu mereka turut duduk di sebelah bapanya dalam majlis tersebut

“Alhamdulillah, luar biasa,” kata Jiji ketika diminta untuk memberi ucapan dalam video tersebut.

Baca :Dulu benci sekarang pencinta wanita

COMMENTS