Isteri pemimpin India Meninggal dunia diserang sekumpulan monyet

Isteri pemimpin India Meninggal dunia diserang sekumpulan monyet

Meninggal dunia setelah diserang sekumpulan monyet. Isteri kepada seorang pemimpin parti politik utama di India meninggal dunia selepas dia diserang oleh sekumpulan monyet di bandar Kairana pada 9 September lalu.

Dalam kejadian itu, Sushma Devi, 54, telah dihantar ke sebuah hospital tetapi dia akhirnya menemui ajal akibat kecederaan yang dialaminya.

Devi yang merupakan isteri kepada salah seorang pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Anil Kumar Cahuhan diserang oleh sekumpulan monyet ketika dia berada di bumbung rumahnya.

Ekoran serangan itu, dia melompat dari bumbung rumah kerana mahu menyelamatkan diri.

Meninggal

Devi mengalami kecederaan yang serius selepas terjatuh dari bumbung dan dia dihantar ke sebuah hospital swasta tetapi doktor kemudian mengisytiharkannya telah meninggal dunia.

BACA:Lelaki panik Periksa Akuarium Tekejut Lepas Buka Bekas Berisi Ikan

Penduduk tempatan turut mengadu berlaku serangan monyet ke atas kanak-kanak, wanita dan kaum lelaki hampir setiap hari di bandar itu.

Berita penuh:https://www.astroawani.com/berita-dunia/isteri-pemimpin-india-meninggal-dunia-diserang-monyet-320543

COMMENTS