Isteri kena dakwa sebab belasah suami, puncanya buat ramai terkejut. Seorang wanita didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap pasangannya di sebuah lapangan terbangan selepas dia menemui gambar lucah pada telefon bimbit mangsa, minggu lalu.
Isteri berang
Menerusi laporan New York Post, pasangan suami isteri itu sepatutnya akan bercuti ke South Carolina namun segalanya berakhir tanpa sempat bermula. Dipercayai, pasangan itu berhadapan dengan pertengkaran selepas suspek menemui gambar bogel di dalam telefon bimbit mangsa.
Suspek menyatakan bahawa dia hanya ingin melarikan diri daripada mangsa dan terus pulang ke rumah.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 2:50 petang (waktu tempatan) apabila suspek tidak dapat menahan perasan amarahnya apabila menjumpai gambar tersebut.
Susulan daripada itu, mangsa enggan mengaku dirinya diserang walaupun segalanya jelas terbukti menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) apabila mangsa ditendang di kaki, telefonnya dibaling ke lantai dan suspek cuba untuk memukul mangsa di bahagian muka.
Walau bagaimanapun, suspek mengaku atas tuduhan yang dijatuhkan ke atasnya dan ditahan atas keganasan yang dilakukan. Namun, suspek akhirnya dibebaskan sehari kemudian dengan ikat jamin sebanyak AS$5,237 (RM23,166).
BACA:
Luqman Hafidz sahkan sudah ceraikan isteri Jun lepas
Durian kena kebas dengan beruang besar