Isteri kena cerai sebab malas mandi

Isteri kena cerai sebab malas mandi

Isteri kena cerai sebab malas mandi . Seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Menurut laporan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.

Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.

Isteri

“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.

Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.

“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.

“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.

Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang.

Berita penuh: https://www.kosmo.com.my/2021/09/26/suami-cerai-isteri-kerana-malas-mandi/

Baca:MU tersungkur di laman sendiri

COMMENTS