Isteri Cekup Suami Nafsu Songsang Tidur Dengan ‘Adik Angkat

Isteri Cekup Suami Nafsu Songsang Tidur Dengan ‘Adik Angkat

Isteri Cekup Suami Nafsu Songsang Tidur Dengan ‘Adik Angkat.eorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menerusi satu perkongsiannya di Facebook menceritakan tentang kisah si isteri yang terkejut apabila mendapat tahu bahawa suaminya mempunyai nafsu songsang atau bahasa mudahnya gay.

Baru jumpa pertama kali terus ajak kahwin

Sekadar gambar hiasan

Kisahnya bermula apabila mereka hanya berkenalan hampir sebulan melalui media sosial dan waktu pertama kali berjumpa dengan suaminya, lelaki berkenaan terus mengajaknya untuk berkahwin.

Nampak macam okay. Single lagi. Umur suami pun masa tu baru lebih kurang 35 tahun. Ada kerjaya, rumah, kereta. Pernah sekali sahaja berjumpa. Terus dia ajak kahwin.

Wanita ini pun tak kisah sangat sebab masa tu baru lepas ‘clash’ dengan bekas teman lelaki. Jadi, dia ingat, tak payah nak kenal-kenal. Terus je lah kahwin. Kenal selepas nikah.

Akhirnya mereka selamat mendirikan rumah tangga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan. Di awal perkahwinan, wanita berkenaan mengatakan yang semuanya nampak normal namun, ketika dia masuk ke rumah suaminya, dia melihat rumah berkenaan begitu kemas, teratur dan sangat bersih.

Cuma ada satu bilik di rumah tersebut yang ada baju lelaki yang bukan miliknya. Tapi milik adik angkatnya.

Si suami kemudiannya menjelaskan bahawa dia mempunyai adik angkat lelaki yang merupakan seorang pramugara dan jarang berada di Malaysia. Selepas mendengar penjelasan suaminya, wanita terbabit seperti tidak kisah kerana adik angkatnya adalah lelaki dan bukan seorang wanita.

Jadi, selepas lebih kurang enam bulan selepas berkahwin, suaminya memaklumkan yang adik angkat itu nak tumpang sehari dua sebelum pulang ke kampung.

Kantoi si suami tidur dengan adik angkat tanpa seurat benang

BACA : Wanita dihukum mati kerana mengaku sebagai Nabi

Hendak dijadikan cerita, ketika si isteri sedang hamil dua bulan, adik angkatnya datang menumpang ke rumah mereka dan ketika itulah dia dapat melihat secara berdepan kerana selama hanya melihat di dalam telefon suaminya sahaja.

Pada malam itu, si suami leka bersembang dengan adik angkatnya sehingga lemat malam dan wanita berkenaan mengambil keputusan untuk tidur dulu kerana keletihan. Namun, dia terjaga pada tengah malam kerana ingin pergi ke tandas dan bayangan suaminya masih lagi tidak kelihatan.

Dia pun senyap-senyap keluar bilik dan tengok tiada siapa di ruang tamu. Dia cuba buka pintu bilik yang diberikan kepada adik angkatnya suaminya untuk bermalam tersebut perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya apabila melihat suaminya sendiri sedang tidur berdua bersama adik angkatnya tanpa seurat benang di atas katil. Remuk hati seorang isteri apabila melihat perkara sebegitu di depan matanya.

BACA: Sasha Saidin Kongsi pengalaman sudah empat kali divaksin

Hangpa buat apa ni! Astaghfirullah hal ‘azim.

Si suami terkejut apabila isterinya sudah mengetahui hal sebenar dan dia cuba mengejar isterinya yang berlari keluar dari rumah berkenaan. Wanita tersebut berasa bingung dan dia hanya ingin mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah itu sahaja.

Si isteri boleh laporkan pada pihak berkuasa

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam : Fahmi Ramli

Dalam pada itu, Peguam Syarie, Fahmi Ramli turut memberi beberapa pandangan jika perkara ini berlaku kepada isteri di luar sana.

Seorang isteri berhak tuntut fasakh dengan alasan suami berkelakuan keji mengikut Seksyen 53(1)(h)(ii) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008.

Beban pembuktian bagi kes fasakh yang diminta oleh isteri, tertanggung atas isteri. Jika si isteri dakwa yang suaminya berkelakuan keji dan bertentangan dengan hukum syarak, maka isteri kena buktikan.

BACA: Bekas pak guard bunuh kekasih dihukum gantung

Sangat berat nak buktikan isu sebegini jika suami enggan mengaku. Walaupun mungkin memang berlaku dihadapan mata isteri sekalipun, ada kemungkinan suami tidak akan mengaku atau mungkin dia tidak akan hadir ke Mahkamah.

Ujarnya lagi, jika perkara ini berlaku, si isteri boleh melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk proses tangkapan dan siasatan lanjut. Jika ingin terus bercerai, pasangan berkenaan perlu berbincang untuk berpisah secara baik.

Perpisahan secara baik dibawah seksyen 47 Enakmen Keluarga adalah jalan penyelesaian terbaik. Tidak perlu kita nak buka aib mana-mana pihak. Cukup sekadar alasan tidak sefahaman. Atau mungkin, yang terbaiknya adalah kedua-dua pasangan dapatkan khidmat nasihat dan kaunseling terlebih dahulu.

Sumber: https://ohbulan.com/konon-datang-rumah-nak-tumpang-tidur-isteri-cekup-suami-nafsu-songsang-tidur-dengan-adik-angkat

BACA: Pemimpin Terkenal Rohingya Maut Ditembak Di Kem Pelarian

COMMENTS