Isteri asyik merungut bosan pemandangan sama, lelaki bina rumah boleh pusing

Isteri asyik merungut bosan pemandangan sama, lelaki bina rumah boleh pusing

Isteri asyik merungut bosan pemandangan sama, lelaki bina rumah boleh pusing. Atas rasa kasih sayang, seorang lelaki berusia 72 tahun membina sebuah rumah unik yang boleh berpusing 360 darjah untuk isterinya. Lapor Daily Star, Vokin Kusic berkata, dia membina rumah tersebut selepas berasa bosan dengan keluhan isterinya yang mahukan kediaman dengan pemandangan yang berbeza.

Bina Rumah Berpusing
Kusic yang merupakan inovator, membina rumah boleh berpusing agar isterinya dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit pada suatu masa dan seterusnya kawasan pejalan kaki.

“SAYA SUDAH BOSAN DENGAN KELUHANNYA SERTA PENGUBAHSUAIAN RUMAH YANG DILAKUKAN SECARA KERAP. JADI, KALI INI SAYA BINA RUMAH INI AGAR DIA BOLEH MEMBUAT APA SAHAJA YANG DIINGININYA,” KATANYA KEPADA REUTERS.

Isteri asyik merungut bosan pemandangan sama, lelaki bina rumah boleh pusing

Rumah unik itu terletak di sebuah kawasan berhampiran bandar Srbac di utara Bosnia.

Isteri Merungut Bosan Hadap Pemandangan Sama, Suami Bina Rumah Boleh Berpusing 360 Darjah!

Berpusing 360 Darjah
Rumah itu berpusing pada paksi sepanjang tujuh meter, dengan menampilkan pemandangan ladang jagung dan tanah pertanian serta hutan dan sungai.

“RUMAH INI BOLEH BERPUSING 360 DARJAH SELAMA 24 JAM APABILA IA BERGERAK PERLAHAN. MALAH, PADA PUSINGAN PANTAS IA MAMPU MENCAPAI BULATAN PENUH DALAM MASA 22 SAAT,” UJARNYA.

Isteri Merungut Bosan Hadap Pemandangan Sama, Suami Bina Rumah Boleh Berpusing 360 Darjah!

Menurut Kusic, dia mendapat inspirasi untuk membina rumah tersebut daripada pereka warga Serbia-Amerika, Nikola Tesla dan Mihajlo Pupin.

Jelasnya, projek itu mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.

Mingguan Wanita: Wow, memang luar biasa dan di luar kotak sungguh penyelesaian suami ini. Apa pun tahniah atas idea kreatif ini dan paling penting berusaha mendengar keluhan dan menunaikan impian isteri.

BACA:

Pelakon kena tipu ‘ayahanda’, tuntut RM8.58 juta

Duit Putera Arab dan dua syarikat masuk dalam akaun Najib

Wanita terjatuh dari jambatan, jubah jadi penyelamat