Isteri artis terkenal didakwa ada hubungan sulit dengan bapa mertua sendiri

Isteri artis terkenal didakwa ada hubungan sulit dengan bapa mertua sendiri

Industri hiburan Indonesia sekali lagi kecoh dengan konflik rumah tangga yang dihadapi oleh bekas kumpulan Samsons iaitu Bams. Ketika ini, Bams atau nama sebenarnya Bambang Reguna Bukit difahamkan dalam proses untuk bercerai dengan isterinya, Mikhavita Wijaya.

Terbaru, menerusi laporan hot.detik tercetus spekulasi di mana isteri kepada Bams itu didakwa menjalin hubungan sulit bersama ayah mentuanya sendiri. Setelah dikatakan ibu dan bapa bekas kumpulan Samsons itu juga mempunyai masalah rumah tangga.

Dalam proses bercerai

Bams dan isterinya, Mikhavita Wijaya telah mendirikan rumah tangga sejak 2014 lagi dan dikurniakan seorang cahaya mata. Pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing dengan kata sepakat bersama.

Sekarang saya dalam proses bercerai. Tapi kami tiada masalah dan keputusan ini adalah atas kesepakatan bersama. Jadi kita lihat pada masa akan datang nanti bagaimana…

Namun bagaimanapun, persetujuan untuk berpisah di antara mereka ini belum di bawa ke mahkamah. Sebaliknya, pasangan ini sudah dikatakan tidak tinggal sebumbung sejak bulan Januari tahun ini sejak mengalami masalah rumah tangga pada beberapa bulan lalu.

‘Lagi pun tiada bukti’

Dalam masa yang sama, ibu bapa kepada Bams iaitu Desiree dan Hotma Sitompul didakwa sedang berdepan dengan masalah rumah tangga. Ibu kepada Bams iaitu Desiree mendakwa dirinya telah dihalau keluar dari rumah oleh suami dan mengakui sudah tujuh tahun tidak diberi nafkah batin. Tambahnya, dia mengakui mereka tidak memiliki harta sepencarian sepanjang hidup bersama.

Lebih menarik perhatian netizen lagi apabila muncul spekulasi di mana Mikhavita Wijaya didakwa menjalin hubungan dengan bapa mentuanya iaitu Hotma Sitompul. Memetik laporan jateng.suara, Bams bagaimanapun terkejut dan menafikan berita dakwaan hubungan isteri bersama ayahnya.

Hmmm… soal itu saya tidak mampu berkata-kata. Sukar bagi saya sebab diluar pemikiran. Tapi kita juga tak boleh bersangka buruk. Lagi pun tiada bukti, saya tak boleh bercakap lebih, time will tell. Kita harus bersangka baik, nanti akan tiba masanya.

Sumber:https://ohbulan.com/bams-samsons-dakwa-isteri-jalin-hubungan-sulit-dengan-ayah-mentua

COMMENTS