Ismail Sabri umum pembubaran Parlimen jam 3 petang ini

Ismail Sabri umum pembubaran Parlimen jam 3 petang ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan akan memberitahu sesuatu pada pukul 3 petang nanti ketika sesi perutusan khas yang akan dilaksanakan kira-kira sejam sahaja lagi.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini sejurus tiba di Pejabat Perdana Menteri, Ismail Sabri berkata, semuanya akan dijelaskan pada pukul 3 petang nanti semasa sesi perutusan khas itu.

“Pukul 3 petang saya umum,” katanya ringkas di sini tadi.

Ismail Sabri umum pembubaran Parlimen jam 3 petang ini

Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan tiba di Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 1.30 tengah hari bagi menghadiri sesi perutusan khas pada pukul 3 petang nanti.

Ismail Sabri dijangka membuat perutusan khas itu yang disiarkan secara langsung di sini menerusi beberapa stesen televisyen dan platform sosial media.

Perutusan khas itu sekali gus memberi bayangan bahawa Ismail Sabri akan mengumumkan sesuatu termasuk kemungkinan pembubaran Parlimen seperti yang dijangkakan rakyat.

BACA:

Dah 6 bulan cerai, wanita dedah masih tinggal serumah dengan bekas suami siap suruh jadi pelacur

Peja yakin PN menang besar, nekad langgar BN di Perak

‘Hari ini RM1 esok boleh jatuh kepada 20 sen’, duit RM tak laku di Thailand