Ismail dan Shalma Putus Cinta, Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

Ismail dan Shalma Putus Cinta, Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

Ismail Izzani & Shalma Eliana Putus Cinta, Buang Cincin Berlian Dalam Sungai .Kisah percintaan antara penyanyi Ismail Izzani bersama kekasihnya yang juga penyanyi Shalma Eliana sudah diketahui umum. Bagaimanapun, pengakhiran hubungan itu tidak seindah seperti yang disangka apabila putus di tengah jalan.

Ismail atau lebih mesra disapa Mael mengesahkan berita kurang gembira itu. Menerusi temu bual di Melodi pada Ahad, Mael berkata dia dan Eliana sepakat untuk memilih jalan sendiri namun mereka tetap berkawan.

Walaupun tidak memperincikan punca utama, Mael, 21, mengakui dia telah melakukan kesilapan.

Ismail

Ya betul kami dah putus. Saya rasa kami dah pilih jalan sendiri. Saya pun banyak lagi nak explore dan kutip pengalaman..sama juga dengan Yana (panggilan Eliana). Tapi kami masih berkawan.

Saya boleh katakan I did my mistakes and messed up. Bagi saya, sekarang ini nak fokus pada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling yang bagi good energy.

Pada Disember tahun lalu, Mael telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian sebagai tanda janji ‘setia’. Ditanya sama ada cincin itu dipulangkan semula, pelantun lagu Bidadari mendedahkan sudah dibuang ke dalam sungai ketika mereka sama-sama pergi berkhemah.

One thing that happened to ring. Kitorang pergi berkhemah dengan kawan-kawan, masa tengah mandi sungai saya cakap dekat dia, let’s just throw this ring.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam, mengakui masih menyayangi Eliana namun belum bersedia untuk kembali bersama.

Saya masih menyayangi Yana, dia sangat bermakna dalam hidup saya. Dia banyak ajar saya, dia juga ubah diri ini untuk berdiri di posisi yang tidak pernah berada.

Untuk sekarang saya rasa tak! Selagi saya tak bersedia, saya tak akan kembali dekat dia. Saya penat untuk buktikan yang saya worth it. Saya penat untuk buktikan I’m not a mistake. Saya penat dah sakitkan hati sesiapa. Insya-Allah bila saya dah sedia, saya akan sayang dia.

Terdahulu, Ismail dan Eliana berkenalan sejak 2014 dan mula rapat empat tahun kemudian.

Baca:Netizen ‘Muntah’ tengok video mi segera dicampur kopi, pisang

COMMENTS