inovasi terkini guna mesin ATM agih beras bantuan

inovasi terkini guna mesin ATM agih beras bantuan

inovasi terkini guna mesin ATM agih beras bantuan.Sebuah masjid telah melakukan inovasi baharu untuk memberikan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan telah menarik perhatian orang ramai baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian video oleh @kamiada yang tular di TikTok semalam, sebuah mesin ATM beras yang dipercayai diletakkan di Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat.

Berdasarkan sebuah video yang berdurasi 49 saat yang dikongsi oleh @kamiada di TikTok, kelihatan seorang lelaki telah menunjukkan penggunaan mesin ATM beras.

Perkongsian itu telah mendapat pujian orang ramai kerana inovasi yang dilakukan untuk memudahkan golongan asnaf mendapatkan bantuan.

inovasi

“Yang ini aku tabik pada yang buat ini, barulah tiada penyelewengan bantuan,” kata @Shahnonsalim6407.

@kamiada_♬ original sound – KamiAda

“Siapa yang cipta ini memang mengalir terus pahala dia, kalau bukan islam moga dapat balasan baik,” ujar @Asna_Cute31.

@kamiada_Reply to @nurzilazainal♬ original sound – KamiAda

“Bagus inisiatif ini, tapi tolong siapa yang ambil sumbangan jangan bagi bersepah beras atas lantai,” jelas @Qrcodemie.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 533,500 dan 66,100 tanda suka di akaun TikTok miliknya.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/09/10/guna-mesin-atm-agih-beras-bantuan/

BACA: Warga Palestin di serang lagi dengan anggota tentera Israel

COMMENTS