Inisiatif Rahmah bantu kurangkan tekanan kos sara hidup rakyat

Inisiatif Rahmah bantu kurangkan tekanan kos sara hidup rakyat. Hari ini YBM KPDN akan melancarkan program ‘Jualan Rahmah’ di sebuah pasaraya terkemuka di Pandamaran.

Pasaraya tersebut akan menawarkan pemotongan harga bagi 1000 barangan keperluan rumah dari 10% hingga 30% bermula 11 Februari sehingga 22 April 2023.

Program Jualan Rahmah ini akan dikembang ke semua rangkaian pasaraya tersebut di seluruh negara.

InsyaAllah, lebih banyak lagi pasaraya yang akan melibatkan diri di dalam ‘Inisiatif Rahmah’ ini bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup di kalangan rakyat.

Inisiatif Rahmah bantu kurangkan tekanan kos sara hidup rakyat

Selain dari program Jualan Rahmah, beberapa program di bawah ‘Inisiatif Rahmah’ ini ialah Bakul Rahmah (pemberian berkala barang keperluan dapur kepada 127 ribu golongan miskin tegar), Kafe Rahmah (bantuan makanan siap kepada golongan siswa yang memerlukan), dan Pakej Rahmah (Jualan murah secara pakej pembelian berkelompok).

Saya percaya akan ada lebih banyak pagi program-program yang akan digerakkan oleh KPDN dari masa ke semasa.

YBM KPDN di dalam ucapan Amanat Tahun Baharu 2023 kepada seluruh warga KPDN semalam telah memperincikan halatuju KPDN bagi menjadikan kementerian ini sebagai satu kementerian yang melebarkan rahmah dan kasih sayang kepada rakyat

BACA:

Kenyataan rider ini di kecam netizen, “Ini perempuan kalau dekat Thailand mesti sedap”

Kain belah Amyza Aznan sampai nampak peha, lain pula netizen perasan