Ini reaksi spontan Ryan Bakery bila Wafariena cuba sentuh dirinya. Meskipun cuma lahir sebagai bintang ‘TikTok’, namun siapa sangka kemunculan Ryan Bakery sebagai cameo dalam tayangan ‘Sepahtu Reunion Live 2022’ membuatkan penonton seperti terkena ‘histeria’ semalam. Bertajukkan ‘Harga Sebuah Kejujuran’, Jep pula tampil membawa watak sebagai Aman, seorang budak sekolah yang kurang bernasib baik.
Bagi aku seulas burger…Kau dah tingkatan 5 tau takkan tak tahu penjodoh bilangan, kalau burger panggil seutas
Demi menyara hidup, Aman membantu abangnya (Pakya) untuk jual burger kepada rakan-rakan sekolahnya. Walau bagaimanapun, tindakan murninya itu malah tidak disenangi Danial (Rahim) iaitu anak kepada pengusaha kantin sekolah berkenaan iaitu Pak Kadir. Sehinggakan dia juga turut dihina di dalam kelas namun sempat reda dengan kehadiran Wafariena sebagai Cikgu Nadia.
Saya bawak dia pergi…Eh jangan pegang cikgu
Burger dijual Aman yang kian popular di kalangan pelajar menyebabkan kantin Pak Kadir semakin tidak laku. Pengusaha tersebut sempat bersemuka dengan pelajar itu untuk memarahinya. Tapi siapa sangka Fahmi yang juga rakan sekelas Aman malah cirit birit pula setelah makan di kantin kerana kurang bersih.
Ketika Ryan Bakery melakonkan watak itu, secara spontan saja dia sempat mengeluarkan dialog berbunyi “Jangan pegang saya cikgu” ketika Cikgu Nadia hampir tersentuh.
Stay halal brother, part ni memang berdekah…Jangan pegang nanti Umi marah Walid kan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup kagum apabila Ryan cuba sebaik mungkin untuk menjaga batas ketika sedang berlakon. Dalam pada itu, ramai juga akui teruja melihat kemunculan pemuda tersebut dan rakan baiknya Wanchai meskipun cuma sebentar.
@novello00 Member dh meleleh 🤣 #rwyfb #series ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
BACA:
Rupanya uncang teh boleh dibahagi dua, ini caranya.. Barulah jimat sikit
Ingatkan pelakon Gerak Khas rupanya polis betul, pangkat tinggi plak tu
Akhirnya terbongkar punca penceraian Nora Danish, ramai terkejut