Ini reaksi Shuib bila netizen bongkar ‘couple’ dengan Watie

Ini reaksi Shuib bila netizen bongkar ‘couple’ dengan Watie.  Nama penyampai radio Shuib menjadi bualan ramai selepas timbul dakwaan sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita bernama Watie Hanifiah yang juga merupakan usahawan.

Hari ulang tahun kelahiran

Terbaharu, Shuib memuat naik hantaran di Instagram Stories menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Tanggal 12 September yang jatuh pada hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran Shuib yang ke 38.

“Hari ini 12 September. Hanya ada ini.. Selamat hari lahir Shahmira Bin Muhamad,” tulis Shuib sebagai kapsyen.

Ini reaksi Shuib bila netizen bongkar 'couple' dengan Watie

Di samping itu, pelawak terkenal ini turut berkongsi video yang memaparkan batu nisan yang tertulis nama Siti Sarah Binti Raissuddin dengan muzik latar lagu Opick yang berjudul Cahaya Hati.

Pada petang Ahad, tular video di TikTok yang dimuat naik oleh @farahana2506 mengenai pemakaian Shuib dan Watie yang sedondon ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa 19 pada Jumaat lepas.

Selepas kecoh, Watie dilihat telah menutup ruangan komen di hantaran Instagram berkaitan kedua-dua konsert terbabit.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun satu bulan.

BACA:

Cuti bersalin 1 tahun, gaji penuh 5 bulan… Ramai cemburu dengan Dr Amalina

Kemaskini BKM 2022 bermula 12 September susulan pengumuman LHDN

Pakaian Cik B dah sama nilai banglo sebijik