Ini punca seorang pelajar lelaki dibuli dalam kejadian di MRSM

Ini punca seorang pelajar lelaki dibuli dalam kejadian di MRSM

Ini punca seorang pelajar lelaki dibuli dalam kejadian di MRSM .Hanya kerana menegur rakan agar tidak menonton video lucah dipercayai menjadi motif seorang pelajar lelaki tingkatan satu dibuli dalam kejadian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, punca kejadian tersebut didedahkan mangsa berusia 13 tahun itu ketika ditemu bual polis.

“Berdasarkan temu bual itu, mangsa memberitahu dia telah menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah dan jika enggan akan melaporkan kepada guru atau warden.

“Ini antara punca mengapa enam pelajar itu marah dan bertindak memukul serta membuli mangsa. Seorang pelajar tingkatan tiga telah mengarahkan enam pelajar terbabit untuk menumbuk mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Agensi Polis Bantuan Kontinjen Perak 2021 di Dewan Agro Aman Jaya, Kompleks Perumahan Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di sini hari ini.

Menurut beliau, ekoran insiden tersebut, pihaknya telah menahan 10 pelajar yang terlibat untuk dirakam percakapan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, mangsa kini dirawat di sebuah hospital di Selangor dan keadaannya dilaporkan stabil tanpa mengalami sebarang kecederaan serius.

BACA: Pemandu Lori Tangki Jadi Buruan Polis

COMMENTS