Ini punca sebenar AS mengecam tindakan Russia

Ini punca sebenar AS mengecam tindakan Russia

Ini punca sebenar AS mengecam tindakan Russia.Amerika Syarikat (AS) semalam mengecam tindakan Russia yang didakwa melakukan ujian serangan peluru berpandu secara ‘berbahaya dan tidak bertanggungjawab’.

Tindakan Russia itu didakwa turut memusnahkan salah satu satelitnya sendiri, dan menghasilkan ‘awan serpihan’ sehingga kru di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terpaksa mengambil langkah untuk mengelaknya.

Pegawai mendakwa, Washington tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai ujian berkenaan, justeru akan berbincang dengan sekutu mengenai bentuk tindak balas susulan kejadian itu.

“Persekutuan Russia secara melulu telah melakukan satu ujian peluru berpandu antisatelit yang memusnahkan salah satu satelitnya sendiri,” kata Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken, dalam kenyataan.

Beliau mendakwa, ‘ujian yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab’ itu telah menghasilkan lebih 1,500 keping serpihan orbital yang dapat dikesan, malah berkemungkinan akan mewujudkan ratusan ribu keping serpihan orbital yang lebih kecil.

Kru dalam pos luar orbit – membabitkan empat warga AS, Jerman (seorang) dan Russia (dua) ketika ini – dikejutkan dan diminta menutup pintu stesen sebelum berlindung di dalam kapal pulang, iaitu prosedur standard sekiranya berlaku kecemasan sehingga pemindahan mungkin terpaksa dilakukan.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Nasional (NASA) memaklumkan, kru terbabit bergegas ke kapal angkasa ‘Dragon and Soyuz’ pada jam 2 pagi Waktu Timur dan berlindung di dalamnya selama kira-kira dua jam.

ISS terus bergerak berhampiran atau menembusi awan berkenaan setiap 90 minit.

Blinken menegaskan, keadaan berbahaya masih belum berakhir, dan serpihan terbabit akan terus mengancam satelit serta aktiviti di ISS.

Beliau berkata, AS sedang berbincang dengan rakan mengenai tindak balas yang akan diambil.

BACA: Remaja 16 tahun dedah penah dirogol 400 lelaki

COMMENTS