Ini Punca Kassim Selamat Dan Sabariah Jatuh Miskin Lepas Dihalau Nyonya Mansor

Ini Punca Kassim Selamat Dan Sabariah Jatuh Miskin Lepas Dihalau Nyonya Mansor

Ini Punca Kassim Selamat Dan Sabariah Jatuh Miskin Lepas Dihalau Nyonya Mansor.Bagi peminat filem-filem klasik tanah air, mesti ramai yang pernah tonton filem ‘Ibu Mertuaku’, lakonan Allahyarham P. Ramlee dan Sarimah. Filem ni sangat ikonik dengan watak Kassim Selamat, watak utama yang kehilangan penglihatan lepas mendengar khabar kematian isterinya, Sabariah.

Dalam filem ni, ada banyak babak yang sampai sekarang melekat di benak kita, tambahan pula yang membesar dengan menonton filem klasik ni.

Korang ingat tak, ada satu babak di mana Kassim dan isterinya dihalau ibu mertua, Nyonya Mansoor kerana perkahwinan mereka tak direstui. Nyonya Mansoor siap bagi duit RM 5,000 kepada anak dan menantunya sebelum dihalau keluar. Pada zaman tu, dikatakan nilai RM 5,000 tu dikira banyak sampai boleh beli kebun getah.

Tapi apa yang membuatkan Kassim dan Sabariah jatuh miskin hingga terpaksa menyewa di bawah kolong rumah orang? Sebab ‘long stay‘ di hotel mewah atau berjoli sakan dengan duit RM 5,000 pemberian Nyonya Mansoor?

@coyot_Kalau anda pernah menonton babak ini di kaca TV tanpa dipotong, maknanya anda sudah tua #pramlee #fyp #pramleefilems

♬ original sound – Coyot

Kalau korang nak tahu, sebenarnya babak yang menerangkan persoalan ni dah dipotong untuk siaran televisyen, dipercayai kerana melibatkan perjudian. Nak tahu babak apa yang dipotong tu, tonton klip yang dikongsikan di bawah.

“Patut la tiba-tiba miskin..”
Di ruangan komen, warga net rata-rata baru mengetahui ‘kewujudan’ babak lumba kuda yang dah dipotong untuk siaran televisyen. Namun ada juga yang sempat tonton babak tersebut pada era 90-an. Siapa yang pernah tengok babak ni sebelum dipotong kira legend lah.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/03/rupanya-ini-punca-kassim-selamat-dan-sabariah-jatuh-miskin-lepas-dihalau-nyonya-mansor/

BACA: (Video)Tular Lelaki Berani Tangkap Buaya Guna Tong Sampah

 

COMMENTS