Ini pesanan Fizo Omar kepada Kamal Adli selepas bergelar suami

Ini pesanan Fizo Omar kepada Kamal Adli selepas bergelar suami

Ini pesanan Fizo Omar kepada Kamal Adli selepas bergelar suami.Pelakon dan usahawan, Fizo Omar menitipkan sebuah dedikasi buat pelakon Kamal Adli yang selamat bergelar suami kepada pelakon jelita, Uqasha Senrose, lebih sebulan lalu.

Menerusi entri Instagramnya (IG), Fizo memuat naik gambar pasangan dua sejoli itu.

Sambil melayangkan ucapan, pelakon drama Maaf Tak Indah ini mengimbau memori bersama pelakon itu saat awal mereka menceburi dunia seni, selepas tamat program Hero Remaja 2007.

“Tahniah sahabat! Gembira dengan kamu berdua. Pandang ‘cover line’ ya @kamaladli dan @uqashasenrose2. Tahun 2007 sama-sama Abang Joe dan Kamal masuk industri ini melalui platform @pencarianheroremaja.

“Aku ingat lagi masa itu dua-dua tengah berusaha, aku pula baru habis belajar di Universiti Teknologi Mara (UITM) dan sambung main bola serta Kamal pun masih belajar lagi. Dulu kami tiada duit beb!

“Nak beli baju untuk penggambaran memang tiada bajetlah. Jadi kami campur dan padanlah apa yang ada. Aku pakai baju kau dan dia pakai seluar aku. Ha macam itulah lebih kurang!” kongsinya di IG.

Mengulas lanjut, usahawan itu juga sempat berseloroh selain menitipkan pesanan ringkas dan mendoakan yang terbaik buat aktor berkenaan.

“Hari ini kau dah berjaya jadi salah seorang pelakon terbaik di Malaysia dan sudah menjadi suami orang.

“Aku tahu perjalanan hidup kau memang sukar bro. sekarang kau dah mendapat ganjaran dalam karier ini dan dapat mak cik cantik tu weh. Bangga dengan anda. Kena pula mak cik cantik kau sekampung dengan aku.

“Selepas ini mu (awak) balik Kelantan lah, balik Bukit Abal Selising. Aku tahu @uqashasenrose2 itu manja dia lain macam tahap kucing Parsi. Jadi, harap yang terbaik untuk anda, bro,” titipnya panjang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi selain meninggalkan komen yang baik-baik buat pasangan itu.

BACA: Pemuda “maki” guru tak dapat diskaun yuran mengaji

COMMENTS