‘Ini menteri dari mana? Pemimpin umno selar Zafrul berhubung pengeluaran KWSP

‘Ini menteri dari mana? Pemimpin umno selar Zafrul berhubung pengeluaran KWSP

‘Ini menteri dari mana?Puad selar Zafrul berhubung pengeluaran KWSP.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi menyelar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang menggelar mereka memperjuangkan skim pengeluaran ‘one-off’ RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai penghasut rakyat.

Tegasnya, tindakan Zafrul yang memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat berhubung pengeluaran KWSP itu akan memberi padah kepada negara.

“Ini Menteri dari planet mana? Dapat Menteri kluster kayangan macam ini boleh meninggal Malaysia dibuatnya,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Zafrul dilaporkan menyindir beberapa pihak yang menghasut rakyat, tidak terlibat pun dalam membuat perkiraan dan keputusan pengeluaran i-Citra yang didakwanya idea dicetuskan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

“Hari ini, terdapat beberapa pihak yang lantang melobi untuk dibenarkan sekali lagi pengeluaran simpanan KWSP. Perlu saya ulangi, idea ini pertama sekali dicetuskan oleh kerajaan berdasarkan pertimbangan dan perkiraan yang rapi.

“Suara yang hari ini sibuk menghasut rakyat tidak terbabit sama sekali dalam perhitungan dan keputusan berkenaan. Mereka mengambil kesempatan mengeksploitasikan perkara ini sebagai modal untuk menyelar pihak KWSP dan kerajaan,” kata Zafrul.

Zafrul tidak menamakan sesiapa dalam kritikan itu. Namun, pemimpin Umno termasuk bekas Presiden Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki antara paling lantang menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP.

Baca :Banjir di Melaka di laporkan terus kritikal
Muka Reda Suami Nak Sentuh, Tapi Ditepis Tangan Isteri Jadi Perhatian

COMMENTS