Ini Antara hantaran Facebook yang pernah ditulis Kapten Mohamad Affendi

Ini Antara hantaran Facebook yang pernah ditulis Kapten Mohamad Affendi

Tiada yang sempurna, ini dunia bukan syurga,’. Itu antara hantaran Facebook yang pernah ditulis Kapten Mohamad Affendi Bustamy sebelum Allahyarham terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 malam semalam.

Hantaran ditulis Kapten Mohamad Affendi di laman Facebook miliknya pada 25 Jun lalu itu dikongsi salah seorang rakan beliau dikenali sebagai Aman Nazman.

Menurut lelaki itu, dia berasa terkejut selepas mendapat perkhabaran bahawa Kapten Mohamad Affendi telah pergi buat selama-lamanya.

“Pemergian pula ketika dalam melaksanakan tugas penerbangan di malam hari, sungguh cemburu.

Seram sejuk dibuatnya dapat perkhabaran Kapten Affendi Bustamy TUDM telah pergi buat selama-lamanya. Pemergian pula ketika dalam melaksanakan tugas penerbangan dimalam hari, sungguh cemburu.

Banyak kenangan yang terimbau sejak sama-sama melapor di Pangkalan Udara Butterworth. Terdetik nak tengok kembali status-status Tuan, walaupun ringkas tapi penuh motivasi.

Semoga roh Tuan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dalam hantaran yang sama, Aman turut memuatnaik beberapa tangkapan skrin dari hantaran ringkas tapi penuh bermakna dari Facebook Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang ditulis semasa hayatnya.

Bercakap mengenai sifat Allahyarham, Aman Nazman ketika dihubungi berkata, arwah sangat baik dan bermotivasi sepanjang dia mengenali juruterbang tersebut sejak sama-sama melapor di Pangkalan Udara Butterworth.

“Beliau adalah senior saya, kami sama-sama melapor berkhidmat di PU (Pangkalan Udara) Butterworth.

“Arwah memang baik orangnya. Sangat bermotivasi,” katanya yang ketika ini telah bertukar dan berkhidmat di Kolej Tentera Udara Alor Setar.

BACA: Panas!!! Azmin kena “sekolah ” dengan ginie lim

COMMENTS