Ini 5 kereta paling jimat minyak di Malaysia, no 1 tu tak tahan

Ini 5 kereta paling jimat minyak di Malaysia, no 1 tu tak tahan. Kereta merupakan satu keperluan yang penting bagi memudahkan urusan untuk melakukan aktiviti harian terutamanya bila anda sudah bekerja.

Kereta penting untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik anda. Namun begitu pemilihan kereta yang baik sangat penting dan harus diambil kira.

Pemilihan kereta yang utama anda harus fikirkan adalah penggunaan minyak dan ruang dalaman kereta tersebut.

Adakah kereta yang anda beli itu jimat minyak dan mampu memenuhi fungsi yang dimahukan.

Dalam perkongsian seorang lelaki yang bekerja sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Awam dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, beliau ada menyenaraikan lima jenis kereta yang jimat minyak di dalam pasaran Malaysia.

Ini 5 kereta paling jimat minyak di Malaysia, no 1 tu tak tahan

Lelaki yang bernama Hasbullah itu ada berkongsikan video tersebut di YouTube ‘channel’ miliknya yang bernama Hasbullah Syarah.

Toyota Yaris

Menurutnya, kereta yang berada di kedudukan ke lima ialah kereta Toyota Yaris. Ini bermakna, kereta Toyota Yaris menduduki tempat terakhir sekali dalam lima kereta yang disenaraikan bagi kategori penjimatan minyak.

Penggunaan minyak Toyota Yaris ini difahamkan sebanyak 6 liter per 100 kilometer perjalanan. Contoh perjalanan dia ibarat anda dari KL pergi ke Melaka. Dengan mengisi minyak RM 24.00 anda sudah mampu pergi dan balik dari KL ke Melaka dengan sangat jimat.

Kereta ini dijual dengan harga RM 77,000 hingga RM 80,000 merupakan jenama daripada Toyota yang berjaya masuk dalam senarai tersebut.

Perodua Bezza

Kereta yang seterusnya ialah kereta Perodua Bezza. Kereta Bezza mempunyai dua jenis varian enjin iaitu 1.0 dan 1.3. Hasbullah mengambil kira Bezza dari varian 1.3 dengan penggunaan 4.5 liter per 100 kilometer perjalanan.

Contoh perjalanan dia ibarat anda dari KL pergi ke Melaka. Dengan mengisi minyak RM 18.50 anda sudah mampu pergi dan balik dari KL ke Melaka dengan sangat jimat.

Perodua Bezza dijual pada harga bermula dari RM 34,000 hingga RM 49,000. Bagi mereka yang berkeluarga dan baru memulakan pekerjaan Bezza merupakan pilihan yang bijak. Dengan penjimatan minyak, Bezza juga menawarkan ruangan dalam yang sangat selesa dan mempunyai ruangan simpanan yang besar.

Perodua Axia

Satu lagi kereta yang mempunyai penjimatan minyak dari Perodua ialah kereta Perodua Axia. Penggunaan minyak Perodua Axia 4.2 liter per 100 kilometer perjalanan.

Contoh perjalanan dia ibarat anda dari KL pergi ke Melaka. Dengan mengisi minyak RM 17.o0 anda sudah mampu pergi dan balik dari KL ke Melaka dengan sangat jimat.

Rangka yang kecil dan sangat sesuai untuk mereka yang baru mula bekerja dan bujang. Kerana ruangannya kecil dan tidak sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. Namun begitu kereta Axia banyak menjadi pilihan pembeli sebagai kereta kedua bagi tujuan pergi dan balik kerja.

Harga jualan kereta ini bermula dari RM 24,000 hingga RM 43,000, membuat kereta ini menjadi pilihan pengguna. Kereta ini sangat sesuai digunakan dibandar dan perjalanan yang dekat kerana penjimatan penggunaan minyak tersebut. Oleh itu ramai yang membeli kereta ini untuk tujuan bawa bekerja.

Honda City RS

Kereta yang seterusnya ini merupakan dari Honda City RS dengan penggunaan minyak 3.6 liter per 100 kilometer jarak perjalanan. Contoh perjalanan dia ibarat anda dari KL pergi ke Melaka.

Dengan mengisi minyak sebanyak RM 14.70, anda sudah mampu pergi dan balik dari KL ke Melaka dengan sangat jimat. Tetapi ini tidak termasuk kos pengecasan bateri elektrik.

Honda City RS ini merupakan sebuah kenderaan hybrid jadi sebab itulah ia mampu menjimatkan penggunaan minyak. Namun begitu, harga pasaran kereta ini bermula dari RM 77,000 hingga RM 108,000 dan disebabkan harga kereta ini tidak semua orang mampu membelinya walaupun mempunyai kelebihan penjimatan minyak.

Proton Savvy

New Proton Savvy Lite - from RM33,549 - paultan.org

Kereta yang paling jimat penggunaan minyak seperti yang dinyatakan beliau ialah kereta Proton Savvy. Dengan penggunaan minyak 4 liter per 100 kilometer.

Contoh perjalanan dia ibarat anda dari KL pergi ke Melaka. Dengan mengisi minyak RM 16.40, anda sudah mampu pergi dan balik dari KL ke Melaka dengan sangat jimat.

Mengapa kereta ini diletakkan di tempat pertama berbanding Honda City RS adalah disebabkan kereta ini menggunakan enjin biasa manakala Honda City RS sebuah kereta Hybrid.

Walaupun kereta ini merupakan keluaran lama dari Proton tapi sampai sekarang tiada yang mampu menandingi penjimatan minyaknya. Handling kereta Savy ini juga sangat baik yang pernah Proton tawarkan kepada pembeli.

BACA:

Ini 5 perkara penting kena tahu jika kereta rosak, kemalangan tepi jalan

Dapat ikan baung merah 50kg, lelaki tak sangka harga cecah ribuan ringgit

Lelaki ini menyesal lepas menang loteri RM14 juta