Ingatkan Muhyiddin umum rombakan kabinet, rupanya Zahid umum rombakan BN

Ingatkan Muhyiddin umum rombakan kabinet, rupanya Zahid umum rombakan BN

BN hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein sebagai Bendahari BN yang baru.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan, hari ini.

Hishammuddin menggantikan bekas Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini hanya memegang jawatan sebagai Bendahari Umno.

“Suatu rombakan kecil dalam kepimpinan BN telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN.

“Dengan ini saya telah melantik YB Hishammuddin selaku Bendahari BN yang baru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/547781

COMMENTS