”Influencer” ni dipuji ramai, sanggup bersusah payah buat perkara ini

”Influencer” ni dipuji ramai, sanggup bersusah payah buat perkara ini. Sebagai umat Islam, kita sentiasa dianjurkan untuk melakukan amalan kebaikan dan berbuat baik sesama manusia. Hal ini termasuk sentiasa menderma atau bersedekah kepada orang-orang yang memerlukan.

Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Amalan menderma boleh mendatangkan banyak pahala untuk pemberi.

Apatah lagi jika barang yang hendak didermakan itu disediakan sendiri oleh si penderma.

Situasi tersebut sama seperti keluarga Aleeya Zailan yang telah memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena majlis Maulidur Rasul Masjid Al-Syakirin Gombak.

Menerusi rakaman live yang dikongsikan di laman Instagram miliknya baru-baru ini, kelihatan Aleeya Zailan bersama suaminya dan beberapa orang lain sedang bertungkus lumus menyediakan makanan.

”Influencer” ni dipuji ramai, sanggup bersusah payah buat perkara ini

Menurutnya, dia memasak hidangan sambal sotong sebanyak 340 kilogram untuk didermakan. Bukan itu sahaja, dia juga memasak gulai sardin, gulai daging, sambal sardin dan juga sayur.

Mendapat ratusan ribu tontonan, pastinya ia menarik perhatian warganet. Ramai yang menganggap bahawa ia sangat rare.

Apa tidaknya, ramai berpendapat bahawa mereka mampu saja untuk memesan dari perkhidmatan katering untuk didermakan tetapi pasangan suami isteri itu nekad untuk memasak sendiri.

Bagi yang belum tahu, masakan ini adalah untuk program CSR sambil menyambut Maulidur Rasul di Masjid As Syakirin melibatkan 340 asnaf dan jemaah dari masjid tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka juga ada menyumbangkan barangan asas kepada asnaf di masjid tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berkesempatan merasai masakan tersebut kerana berada di masjid tersebut pada hari kejadian. Seperti disangka, masakannya meraih pujian kerana sedap.

Sementara itu, menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya, Aleeya juga turut berkongsi suasana ketika hari sumbangan di Masjid Al-Syakirin.

Menurutnya, segala bahan masakan yang digunakan untuk menyediakan hidangan tersebut dibeli dengan menggunakan duit gift yang diberikan oleh peminatnya ketika live di TikTok dan Facebook.

“Setiap jumaat Aleeya akan dermakan semula gift korang bagi kepada orang yang memerlukan.

“Tapi hari Maulud Nabi itu extra Aleeya bagi bersama hasil penjualan produk Avenys,” katanya.

Di samping itu, dari sudut lain pula, Aleeya telah ‘menjentik’ hati orang ramai untuk melakukan amalan bersedekah.

Ada yang ingin menyertai Aleeya dan team membantu asnaf-asnaf sekitar Gombak? Anda boleh tonton di media sosial Aleeya seperti di Facebook, Instagram dan TikTok serta boleh juga melihatnya di Facebook dan Instagram Avenys.

@aleeyazailanavenysterima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini😭 mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala😭 semoga berkat rezeki kite semua ya 😭♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

BACA:

Jakim beri amaran ini kepada orang ramai tentang “cicit nabi yang ke 39”

Motorsikal bergesel sesama sendiri semasa berlumba,2 remaja maut

Sajat buat hal tidur dalam live,siap belanja dengkur kepada netizen