Imam panik mikrofon tak bunyi, mujur pakcik ni jadi “hero” masa tarawih

Imam panik mikrofon tak bunyi, mujur pakcik ni jadi “hero” masa tarawih

Terbaharu, sebuah video jadi bualan netizen apabila pengguna TikTok @furqanfawwaz berkongsi video dirinya menjadi imam ketika solat terawih. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dirinya terlupa untuk membuka mikrofon dan membuatkan para jemaah tidak mendengar sebarang bunyi.

Lantaran itu, seorang pak cik yang juga bilal di masjid berkenaan menyedari perkara tersebut apabila melihat para jemaah tidak bersedia menunaikan solat tetapi imam sudah mulakan solat. Oleh itu, pak cik tersebut segera menghidupkan mikrofon imam dan keadaan berjalan lancar semula.

@furqanfawwazNasib baik pakcik tu selamatkan keadaan, kalau tak habis jemaah belakang tak dengar suara aku

♬ bunyi asal – Furqan Fawwaz

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pak cik tersebut menyelesaikan masalah. Malah, para netizen turut mengatakan tingkah laku pak cik tersebut comel kerana kelihatan terpinga-pinga pada mulanya dan terus menyelesaikan permasalahan tersebut.

Sumber:https://www.thevocket.com/imam-tidak-perasan-mikrofon-tertutup-tindakan-pantas-pak-cik-ini-curi-tumpuan-netizen/

COMMENTS