Ifa raziah, Kak KM kena kecam lagi, kali ini bergelek sakan di majlis aqiqah

Ifa raziah, Kak KM kena kecam lagi, kali ini bergelek sakan di majlis aqiqah. Baru-baru ini tular beberapa video di TikTok mengenai sebuah majlis akikah majlis keluarga yang dipercayai ‘scammer’ Macau, Addy Kanna.

Dalam rakaman video itu, dapat dilihat isteri Addy berpakaian busana pengantin sambil memegang jambangan bunga, Addy Kana pula menolak stroller bayi mereka sebelum melakukan cukur jambul.

Bagaimanapun, suasana majlis akikah tersebut telah menerima kecaman ramai apabila dikatakan tidak menghormati tujuan majlis akikah yang sebenar.

Ifa raziah, Kak KM kena kecam lagi, kali ini bergelek sakan di majlis aqiqah

Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan kontroversi, Kak KM yang sedang sakan bergelek.

Bukan itu sahaja, tular satu lagi video memaparkan Ifa Raziah dan anak kepada pelakon, Normah Damanhuri itu sedang rancak menari.

Video tular itu sekaligus mengundang kemarahan netizen yang kecewa melihat majlis tersebut yang sepatutnya penuh keberkatan bertukar menjadi sebaliknya.

@jauharatudini Akikah Aeydan Mateen 🤍 Semoga menjadi anak yg soleh dan membanggakan daddy mummy okay! #fyp #fy ♬ Cinta Sejati – Bunga Citra Lestari

BACA:

Ceramah, kuliah di masjid dilarang guna pembesar suara luar

Jauh datang dari Taiping ke MAHA, wanita luah rasa kecewa

Ini reaksi spontan Ryan Bakery bila Wafariena cuba sentuh dirinya