Idris hadir dalam majlis PKR ,ini penjelasan Anwar

Idris hadir dalam majlis PKR ,ini penjelasan Anwar

Idris hadir dalam majlis PKR ,ini penjelasan Anwar. Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan kehadiran bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron dalam majlis perjumpaan ahli PKR negeri itu Isnin lalu hanya untuk mengucapkan terima kasih.

Beliau berkata, PKR Melaka menjemput Idris kerana langkah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu yang sebelum ini menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka disokong oleh Pakatan Harapan (PH) negeri.

“Kita punya pandangan kenapa kita jemput dia dalam majlis pada malam itu kerana dia ambil langkah untuk membawa perubahan di Melaka dan masa itu PH Melaka sokong.

“Jadi bagi kita sekadar ucap terima kasih wajar. Tetapi soal pilihan raya negeri (PRN) soal lain, soal (PRN) akan bincang petang ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Port Dickson.

May be an image of 2 people, people sitting and people standing

Idris yang juga bekas ADUN Sungai Udang dan tiga ADUN lain diundang ke majlis itu.

Dalam majlis itu, Idris menunjukkan minat untuk bertanding bawah tiket PH pada PRN Melaka 20 Nov ini.

Tiga ADUN lain ialah bekas wakil rakyat Bebas, Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu); ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad (Bersatu) dan ADUN Pantai Kundor, Azman Hassan (Umno). Semua mereka dipecat daripada parti masing-masing.

Norhizam dan Noor Effandi juga memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Melaka pimpinan PH sebelum ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP tidak bersetuju Norhizam dinamakan sebagai calon PH pada PRN.

Sementara itu, Anwar berkata, soal DAP tidak menerima Norhizam akan dibincangkan petang ini dalam mesyuarat biasa PH.

“Yang dia sebut tak boleh terima seorang nama. Tak apa kita akan bincang petang ini dalam mesyuarat biasa PRN Melaka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengesahkan beliau akan diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai Kertas Pandora.

Beliau berkata, tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPRM tetapi beliau berharap siasatan pihak berkuasa itu tidak menyekatnya bersuara dalam isu berkenaan.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/20/idris-hadir-majlis-pkr-hanya-untuk-ucap-terima-kasih-kata-anwar/

BACA: Jangan ambil jalan singkat dalam Pemilihan calon untuk PRN

COMMENTS