‘ibu’ tular di media sosial kerana berani melawan perompak

‘ibu’ tular di media sosial kerana berani melawan perompak

‘ibu’ tular di media sosial kerana berani melawan perompak.Seorang wanita berstatus ‘ibu’ tular di media sosial kerana berani melawan perompak yang mahu menceroboh rumahnya dengan menggunakan parang, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian yang dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @lili_fatmawati0105.

Kejadian berlaku apabila seorang wanita bersama dua anaknya berada di ruang tamu rumah mereka ketika suaminya belum pulang pada waktu senja.

Tiba-tiba, pintu hadapan rumah mereka diketuk. Setelah membuka pintu, wanita itu diserang perompak menggunakan sebilah parang.

 

Wanita itu berjaya merampas parang daripada perompak untuk mempertahankan diri lalu menghalaunya.

Dia kemudiannya mencapai telefon untuk melaporkan kejadian tersebut.

Rakaman itu mendapat pelbagai komen netizen.

‘’Kuasa ibu boleh kalahkan perompak. Ibu adalah wonder woman yang hebat,’’ tulis seorang netizen.

Baca :Ibu tiri ‘rembat’ semua barangan rumah selepas bercerai

COMMENTS