Ibu Shuib bagi hint? Muat naik gambar bersama Wan Sharmila

Ibu Shuib bagi hint? Muat naik gambar bersama Wan Sharmila. Baru-baru ini, perkongsian ibu Shuib Sepahtu iaitu Amy Salmi menjadi perhatian ramai apabila ada memuat naik video di TikTok bersama pelakon Wan Sharmila. Menerusi foto itu, ibu Shuib dan pelakon itu dilihat begitu mesra di majlis tahlil Allahyarmah Siti Sarah.

Apa yang lebih menjadi perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh ibu pelawak itu seolah-olah memberikan hint berbunyi,”Biar gambar berbicara”.

Perkongsian ibu Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Shuib dan Wan Sharmila berjodohan.

Ibu Shuib bagi hint? Muat naik gambar bersama Wan Sharmila

Tidak kurang juga, ramai yang memberi restu jika kedua mereka berjodohan kerana aktres itu mempunyai peribadi yang lembut seperti arwah Siti Sarah.

Sebelum ini, pelakon itu pernah bertemu dengan anak pelawak itu iaitu Talita. Menerusi video dikongsikan, dilihat gembira apabila dapat bertemu serta meluangkan masa dengan aktres itu.

@amysalmi22biar gambar brbicara♬ original sound – Zirashafa

BACA:

Baju putih terkena pewarna, ini cara simple tapi berkesan.. Guna 2 bahan sahaja

Guna enjin sama tetapi mengapa Perodua Alza lebih jimat dari Aruz?

Kantoi isi air paip dalam air balang, pelanggan sempat rakam