Ibu nampak something dalam CCTV bilik tidur anak, undang sebak!

Ibu nampak something dalam CCTV bilik tidur anak, undang sebak!. BUKAN bantal busuk menjadi peneman tidur, sebaliknya bingkai gambar yang disimpan dalam laci meja di tepi katil mampu melenakan anak-anak.

Baik si kecil yang sedang menghisap botol susu, mahupun si abang baring bersebelah, masing-masing bersilih ganti menatap dan memeluk foto arwah bapa mereka.

Momen menyentuh emosi itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di bilik tidur anak-anak, dan dikongsikan oleh seorang ibu tunggal di laman sosial.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu tunggal itu, Edda Norizhan Ahmad tidak menyangka melihat momen itu menerusi CCTV.

Malah, wanita berusia 35 tahun itu mengakui sebak apabila dua anaknya menatap foto wajah arwah suaminya yang meninggal dunia pada 6 Jun 2018.

Ibu nampak something dalam CCTV bilik tidur anak, undang sebak!

“Suami saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya empat tahun lalu. Ketika itu anak bongsu saya baru berusia 52 hari.

“Rakaman CCTV tu beberapa hari lalu sekitar pukul 1 pagi. Saya saja nak tengok anak-anak dah tidur ke belum.

“Saya terkejut bercampur sedih melihat anak kedua dan anak bongsu masing-masing berusia sembilan dan empat tahun memeluk frame gambar yang menggabungkan beberapa foto arwah abah mereka, sampai terlena,” katanya kepada mStar.

Edda yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata berkata, anak lelaki bongsunya yang mesra dipanggil Baby seakan faham dibesarkan sebagai anak yatim.

“Masa abah mereka pergi, Baby baru 52 hari. Dia hanya mengenal abahnya daripada saya, abang-abang dan kakaknya yang selalu bercerita tentang arwah.

“Sebelum rakaman CCTV tu, Baby demam dan dia beritahu rindu abah. Dia tanya saya bila nak balik ke rumah neneknya di Jerantut, Pahang sebab arwah dikebumikan di sana,” ujarnya yang menetap di Senawang, Negeri Sembilan.

Wanita itu bersyukur meskipun empat tahun berlalu, katanya, anak-anaknya sentiasa mengingati arwah bapa mereka.

“Apabila selesai solat, anak-anak beritahu kejap nak doa dulu untuk abah. Apabila saya memandu kereta, mereka pesan hati-hati, tak mahu kemalangan macam abah kena langgar.

“Kadang-kadang ada saja momen anak-anak bersama arwah dingati semula dan berkongsi dengan adik bongsu mereka,” katanya.

Tambah Edda, momen anak-anaknya tidur sambil memeluk bingkai gambar arwah bapa mereka sudah dikesan beberapa kali sebelum ini.

Walaupun masih kecil, Edda memberitahu bahawa anak bongsunya mengenali arwah sebagai seorang bapa yang penyayang dan sedaya-upaya untuk menggembirakan anak-anak.

“Anak bongsu selalu tanya, ‘Mama, dulu masa kecil abah ada bawa Baby jalan-jalan?’ Saya cuma kata abah sayang semua, bawa adik-beradik jalan-jalan, dukung Baby masa dia kecil.

“Baby pernah juga tanya gambar dia bersama abah. Tak sempat sebab masa tu dia kecil lagi. Tapi Baby ni seorang yang ceria seperti abah dia, jadi dia selalu positif,” tambahnya.

Edda yang berniaga baju secara dalam talian turut mengakui sifat penyayang arwah suaminya membuatkan anak-anak sentiasa mengingati arwah bapa mereka.

Sebagai ibu tunggal, Edda membesarkan anak-anaknya.

“Dulu walaupun abah mereka sibuk dan penat, tetapi cari masa bersama anak-anak. Kalau tak ada duit, cuba usahakan untuk gembirakan anak-anak.

“Kami bersyukur dianugerahkan seorang suami dan bapa yang sangat baik,” katanya.

Video rakaman CCTV yang dikongsi Edda di aplikasi TikTok meraih lebih 1.7 juta tontonan.

@eldazaimansemoga terus kuat anak²ku.. 🥺nangislah kalau dengan cara tu dapat legakan hati..😢mama tau bang ngah kuat..anak² mama semua kuat..mama & arwah abah syg semua dunia akhirat..jangan sedih sebab nanti mama pun sedih 🥺😭♬ original sound – eldazaiman

BACA:

Wanita dedah pernah dipaksa makan lauk babi dan dijadikan pelacur

Nilai matawang negara makin susut, cecah RM4.60 untuk 1 Dollar

Terlibat skandal rasuah dan penipuan, rakyat Malaysia ditahan