Husam pertikai tindakan naikkan gaji Adun Kelantan ketika rakyat sedang susah

Husam pertikai tindakan naikkan gaji Adun Kelantan ketika rakyat sedang susah

Saya kagum dengan keberanian Kerajaan Kelantan.

Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco, Timbalan Menteri Besar(TMB), Menteri Besar (MB) dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata.

Saya faham, ramai juga rakan-rakan ADUN rasa serba salah menerima kenaikan ini – kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.

Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati.

Rakyat kian susah, kita pula naik gaji.

Inilah yang dinamakan dilema keutamaan pilihan.

Saya terkejut membaca laporan media, dua ADUN BN menuntut elaun itu dinaikkan lebih tinggi lagi!

Berbalik langkah berani Kerajaan Kelantan, mungkin pilihan terbaik ialah tindakan reverse – memotong gaji demi kebersamaan bersama rakyat.

Tetapi nampaknya sukar.

Menaikkan elaun ADUN dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, TMB dan juga MB.

Sama-sama naik.

Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan.

Jika tidak, guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan terasa hati.

Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan).

Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan?

Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru?

Kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh. Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan.

Saya agak, Kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki.

Selain itu, laporan Bernama bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.

Saya tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan.

YB. Dato Hj. Husam Musa

Berita penuh ; https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mengapa-elaun-adun-naik-ketika-rakyat-kelantan-menderita-husam-79443

COMMENTS