Husam dedah lagi, tanah seluas 309 ekar jadi milik syarikat ada kaitan pemimpin Pas Kelantan

Husam dedah lagi, tanah seluas 309 ekar jadi milik syarikat ada kaitan pemimpin Pas Kelantan.MANA DULU : PEMIMPIN PARTI ATAU PENDUDUK SETEMPAT ?
Ada yg mencemuh bila disiarkan pemimpin parti Kerajaan di Kelantan dapat tanah seluas 14 ekar di Macang.

Sempit saja – kata mereka.
Ratusan ekar baru berbaloi, kalau nak dedah.

Ramai yg skeptikal. Mungkin itu satu kekecualian, kata mereka. Bukan wabak ‘rakus tanah, balak dan lombong’.
Saya sendiri tak nak putuskan – sama ada kejadian seperti itu satu kekecualian atau sudah berjangkit menjadi wabak. Biar masa yg menentukan.

Kita beralih kepada sebidang tanah SELUAS 309 EKAR DI MUKIM PULAI, GUA MUSANG.
Sebuah syarikat bernama PALMYRA GREEN DEVELOPMENTS SDN BHD DENGAN NOMBOR PENDAFTARAN 791661 A beralamat di PT 561, Tingkat 1, Hadapan JPJ Kelantan, Panji, Kota Bharu telah didaftarkan sebagai pemilik tanah ini pada 26 September 2018.

Semakan SSM menunjukkan salah se orang ahli lembaga pengarah syarikat ini ialah Dr Wan Nik, Pengarah Pusat Kajian Strategik Kerajaan Kelantan (PKS).
Saya tak pasti, selaku Pengarah sebuah agensi kerajaan seperti PKS, pemegang jawatan itu tergolong sebagai Penjawat Awam yg tertakluk kepada General Order Perkhidmatan Awam atau tidak.

Husam dedah lagi, tanah seluas 309 ekar jadi milik syarikat ada kaitan pemimpin Pas Kelantan

Husam dedah lagi, tanah seluas 309 ekar jadi milik syarikat ada kaitan pemimpin Pas Kelantan

Terlepas sama Dr Wan Nik boleh berniaga di luar syarikat milik kerajaan sambil memegang jawatan kerajaan, isu sama berbangkit di sini. Iaitu antara rakyat dan ‘orang parti kerajaan’.
Pada masa sama, Dr Wan Nik adalah orang penting parti Kerajaan Negeri.

TANAH ITU TELAH DIJELASKAN DEPOSIT OLEH SEBILANGAN PEMOHON ANAK KELANTAN RAKYAT SETEMPAT.
Saya tak nak tampalkan carian SSM dan cabutan hak milik. Siapa rasa nak membantah fakta posting ini boleh membawa fakta mereka.

Saya juga tak nak pergi detail tentang pertentangan antara pemilik baru ini dengan Rakyat Setempat.

Kita lihat – mana kuat Rakyat atau Kerajaan dan operatornya.
Save Kelantan hanya datang untuk memperkuat TUNTUTAN RAKYAT.

Husam Musa
30 Jun 2022

BACA:

Stadium Shah Alam bakal dirobohkan dan diganti baru?

Durian Damak berjaya kalahkan Musang King?

‘Tok Guru Diraja’ ditangkap khalwat dengan pekerja sendiri