Hujan ais sebesar buah magga

Hujan ais sebesar buah magga

Hujan ais sebesar buah magga. Sebuah bandar tropika di utara Australia dilanda hujan ais dianggarkan sebesar saiz mangga atau limau gedang, sehingga menghancurkan cermin kenderaan penduduk.

dilanda hujan ais yang dianggap memecah rekod kerana ia dianggarkan turun sebenar saiz mangga atau limau gedang, sehingga menghancurkan cermin hadapan kenderaan penduduk.

Biro Meteorologi Australia hari ini berkata ketulan ais sebesar itu dianggap memecah rekod kerana berukuran sehingga lebih 16 sentimeter (sm).

Ia dikesan melanda Yalboroo selepas ribu melanda pekan yang berada kira-kira 1,000 kilometer dari Brisbane, lewat semalam.

Gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan ketulan ais sebesar tapak tangan dan di Twitter, satu video mempamerkan ketulan ais itu juga dilihat menghancurkan bahagian hadapan sebuah kereta.

“Ais batu berukuran 16 sm di Yalborooo, Queensland mencatat rekod baharu Australia.

“Cuaca sangat tidak stabil, memungkinkan hujan ais terus berlaku sebelum graviti memaksanya untuk turun,” ciap Biro Meteorologi.

Kata biro itu lagi, rekod sebelum ini adalah 14 sm yang direkodkan di tenggara Queensland pada Oktober 2020.

Amaran baharu kemungkinan ribut petir akan berlaku di sepanjang pantai timur Australia hari ini, dengan laporan hujan ais juga akan berlaku di bandar pesisir Coffs Harbour, utara Sydney pula.

Sumber BH

Baca: Perompak Tertidur Masa Pecah Masuk rumah

COMMENTS