Hong Kong bayar RM2,639 setiap seorang yang positif Covid-19

Hong Kong bayar RM2,639 setiap seorang yang positif Covid-19

Hong Kong akan memberi bayaran sekali sebanyak HK$5,000 (kira-kira RM2,639) kepada individu yang disahkan positif Covid-19 bagi menggalakkan orang ramai menjalani ujian saringan, kata Setiausaha Kesihatan, Sophia Chan.

Radio Television Hong Kong memetik Chan dalam satu wawancara radio berkata, Biro Buruh dan Kebajikan akan mengumumkan butiran pemberian tunai itu.

Katanya, kerajaan sedang menubuhkan 5 lagi pusat ujian komuniti, tambahan kepada 4 yang sudah beroperasi.

Hong Kong akan melaksanakan sekatan sosial baru susulan lonjakan kes Covid-19, yang menyebabkan pengumuman gelembung perjalanan antara Hong Kong dan Singapura ditunda selama 2 minggu.

Hong Hong melaporkan 43 kes pada Sabtu, tertinggi dalam masa 3 bulan. Angka itu termasuk 13 kes penularan tempatan yang sumbernya tidak dapat dikesan, menunjukkan mungkin terdapat “super-spreader” di bandar itu.

Hong Kong mengarahkan ujian saringan wajib pertama hari ini kepada individu yang pernah ke mana-mana daripada 14 pusat tarian sepanjang bulan ini.

Menurut kenyataan kerajaan, perniagaan itu dikaitkan sebuah kluster kes baru dan akan ditutup selama 5 hari sehingga 26 Nov ini.

Kluster itu menunjukkan “kewujudan banyak rantaian jangkitan senyap dalam masyarakat,” kata jurucakap Biro Makanan dan Kesihatan dalam satu kenyataan.

RTHK melaporkan sekurang-kurangnya 32 kes dikaitkan kepada kumpulan itu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2020/11/22/hong-kong-bayar-lebih-rm2500-kepada-individu-positif-covid-19/

COMMENTS