Hitamnya lain macam, sukar dilihat dan disangka bayang-bayang

Hitamnya lain macam, sukar dilihat dan disangka bayang-bayang. Antara kepercayaan masyarakat yang acap kali kedengaran adalah sekiranya ada kucing hitam yang melompat ke atas tempat tidur orang yang sedang sakit, nescaya kematian bakal menghampiri pesakit berkenaan.

Dahulu, kucing hitam seringkali dikaitkan dengan pelbagai mitos dan kepercayaan karut sehingga membuatkan ramai yang takut apabila dihampiri kucing berbulu hitam. Ada yang beranggapan kucing hitam sebagai pembawa malang, kematian, kemiskinan, penyakit dan sebagainya.

Menurut individu ini, kucing hitamnya itu seringkali mencuit hatinya kerana gelagatnya yang melucukan. Apabila tiba waktu malam, anda hanya akan nampak kelibat kucing ini melalui sinaran daripada matanya.

Hitamnya lain macam, sukar dilihat dan disangka bayang-bayang

Tetapi hakikatnya, kucing hitam memiliki keistimewaan dan kecomelan sama seperti kucing-kucing lain. Baru-baru ini, seorang warganet telah berkongsi peristiwa lucu membabitkan kucing peliharaannya. Seekor berwarna hitam dan seekor lagi berwarna perang dan putih.

Memandangkan kucing ini terlalu gelap, kucing ini seringkali dilihat seperti bayang-bayang kucing lain. Tetapi adakalanya, kucing hitam ini kelihatan seperti lembaga seram yang sedang memerhatikan setiap penghuni rumah. Lebih melucukan, sekiranya perkakas rumah anda berwarna hitam, anda pasti tidak akan menemui kucing anda walaupun anda memandangnya selama ini!

Comel tetapi pada masa yang sama, agak mengerikan. Seolah-olah nampak sepasang mata terapung sedang perhatikan anda.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

BACA:

Wanita tak sangka dapat ayah tiri lebih muda dari dirinya

Ini video bukti kad merah Azam Azmi adalah tak sah

Isteri kena dakwa sebab belasah suami, puncanya buat ramai terkejut