Hina Sangat Ke Jadi mak guard ?,” Diminta Tukar Kerja Yang Lebih Baik

Hina Sangat Ke Jadi mak guard ?,” Diminta Tukar Kerja Yang Lebih Baik

Hina Sangat Ke Jadi Security?,” Diminta Tukar Kerja Yang Lebih Baik.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi masih ada kudrat, selagi itulah kita perlu berusaha untuk mencari rezeki dengan melakukan apa jua jenis pekerjaan yang halal.

Tambah-tambah lagi dalam keadaan getir pada ketika ini yang memperlihatkan ramai yang telah kehilangan pekerjaan. Justeru, mereka melakukan apa saja kerja yang berada di depan mata walaupun terpaksa berdepan dengan stigma sesetengah individu yang memandang rendah terhadap mereka.

Situasi itu dialami oleh Nurul Aisyah Imani yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di TikTok, dia telah memberikan reaksi kepada komen seorang warganet yang memintanya menukar pekerjaan yang lebih baik.

@mamamuda2709Balas kepada @wlgvafwfgvfg♬ bunyi asal – MaMa muda

Menurutnya, dia mempunyai sebab sendiri memilih kerja tersebut dan mengatakan bahawa telah melakukan dua lagi pekerjaan dalam masa yang sama.

Tambahnya lagi, sekurang-kurangnya pekerjaan itu akan membolehkannya menjana pendapatan berbanding hanya duduk di rumah ‘goyang kaki’ saja.

“Hina sangat ke security ni? Kerja kat mana-mana pun takpe bang, asalkan duit masyuk daripada duduk rumah goyang kaki tak dapat hasil,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengannya dan mengatakan bahawa kerja sebagai pegawai keselamatan juga boleh mendapatkan gaji yang lumayan.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/02/video-hina-sangat-ke-jadi-security-diminta-tukar-kerja-yang-lebih-baik-wanita-jawab-asalkan-duit-masyuk/

BACA: 43 Jenis Telefon Pintar Tak Boleh Akses Whatsapp Mulai 1 November

COMMENTS