Hina golongan janda, marketing murahan jenama vape ini dapat kecaman

Hina golongan janda, marketing murahan jenama vape ini dapat kecaman. Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video sebuah Perodua Aruz yang diconteng dengan kata-kata janda sekaligus meraih perhatian ramai. Difahamkan, kenderaan tersebut dirakamkan di jalan sekitar Bukit Bintang yang biasanya sesak dengan orang ramai ini.

Di dalam video tersebut, kereta Perodua Aruz berwarna putih itu dilihat mempunyai contengan kata-kata makian seolah-olah ditujukan kepada pemilik kenderaan tersebut. Di dalam video yang sama, pemandu kereta itu kemudian menurunkan tingkap dan memarahi pemandu lain yang merakamkan kenderaannya itu.

Marketing semata-mata

Pada awalnya, ramai yang menyangka contengan tersebut dilakukan oleh isteri kepada pemilik kenderaan terbabit. Namun berdasarkan hasil selidik netizen, ternyata itu semua hanyalah ‘marketing’ murahan yang digunakan oleh satu jenama vape tempatan.

Perkongsian tersebut turut mencetuskan rasa kurang senang netizen apabila jenama tersebut bukan sahaja menggunakan ‘marketing’ murahan malah turut menghina dan merendah-rendahkan golongan janda.

Hina golongan janda, marketing murahan jenama vape ini dapat kecaman

Menghina golongan janda

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk ‘marketing’ murahan yang dilakukan oleh jenama ini kerana telah memberikan persepsi yang buruk kepada golongan janda. Malah kenderaan itu juga telah menjadi tontonan ramai di jalan yang sibuk dengan orang ramai dan pelancong di situ.

Dalam masa yang sama, ramai yang berharap jenama tersebut dapat memberikan permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang terkesan dengan ‘marketing’ murahan ini semata-mata untuk tujuan promosi produk.

Tambah netizen lagi, ada cara yang lebih baik untuk mempromosikan sesuatu produk tanpa perlu merendah-rendahkan atau menghina golongan lain.

BACA:

Rangka mayat tanpa identiti ditemui, polis cuba kesan waris

Dituduh edar syabu 23.1kg, penganggur berdepan hukuman mati

Masya Masyitah dikecam ramai, pakai baju nampak segala aset