Hidup bahagia bersama isteri walau hilang alat sulit akibat dihempap ‘forklift’

Hidup bahagia bersama isteri walau hilang alat sulit akibat dihempap ‘forklift’. BERPANTANG maut sebelum ajal!

Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi pemuda bernama Loren Schauers, 20, yang kehilangan separuh tubuh badan selepas ditimpa kemalangan ngeri.

Loren, 20, dari Great Falls, Montana terlibat dalam kemalangan pada 2019 ketika mengendalikan ‘forklift’ sehingga menyaksikan bahagian bawah tubuh dan lengan kanannya hancur.

Lelaki muda itu nekad membuat keputusan untuk membenarkan doktor melakukan pembedahan hemicorporectomy, di mana tubuh badan daripada bahagian pinggang dan ke bawah, dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.

Pembedahan tersebut juga menyebabkan alat kelamin Loren terpaksa dibuang kerana pelvisnya hancur sepenuhnya.

Hidup bahagia bersama isteri walau hilang alat sulit akibat dihempap ‘forklift’

Doktor pernah menjangka hayat Loren tidak akan panjang selepas pembedahan tersebut namun ternyata ia meleset.

Loren kini semakin pulih malah sering membuat perkongsian mengenai kehidupannya dengan pengikut di saluran YouTube.

“Bagaimanapun soalan yang sering kami terima ialah bagaimana kami melakukan hubungan seks?

“Itu adalah soalan yang sangat peribadi yang kami tidak akan sesekali jawab kerana ia sangat tidak beradab,” kata isteri Loren, Sabia.

Pasangan itu juga sangat terbuka berkongsi mengenai jangkaan hayat Loren selepas menjalani pembedahan.

“Tiada yang pasti. Puratanya adalah kira-kira 11 tahun dan pemegang rekod paling lama adalah 24 tahun. Tetapi tiada seorang pun daripada mereka berada dalam situasi yang sama seperti Loren.

“Kami berharap Loren mempunyai masa lebih daripada 40 tahun lagi,” tambah Sabia. – Dailystar

BACA:

Bermula dengan modal RM2,000, inilah perjalanan bisnes Ramly Burger

Akhirnya punca ribuan burung jatuh dari langit terbongkar

Tun M dedah punca Umno tangguh pemilihan parti