Henti spekulasi bukan-bukan, Nad Zainal sudah boleh bercakap

Henti spekulasi bukan-bukan, Nad Zainal sudah boleh bercakap. BERKONGSI perkembangan terkini kesihatan Nad Zainal, pelakon Ungku Ismail memberitahu rakannya itu banyak menunjukkan tanda positif dan tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Menurut Ungku, Nad yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU) sudah boleh bercakap namun keadaannya agak lemah.

“Sudah banyak perubahan dan proses pemulihan sangat baik. Dia tidak lagi menggunakan tiub pernafasan. Doktor akan lancarkan prosedur lain untuk pastikan oksigen cukup. Sekarang ini untuk pastikan dia boleh bernafas menggunakan paru-paru seperti keadaan normal.

nad zainal 3

Keadaan kesihatan Nad semakin baik.

“Nad juga sudah boleh bercakap, tetapi suaranya sangat perlahan. Dia sudah boleh memegang telefon tetapi tak boleh menaip kerana masih lemah. Keadaannya demam sedikit dan kadang-kala badannya panas,” katanya.

Henti spekulasi bukan-bukan, Nad Zainal sudah boleh bercakap

Ungku berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dalam masa sama, Ungku juga berharap orang ramai dapat menghentikan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham tentang keadaan Nad ketika ini.

“Sudah-sudahlah buat spekulasi tentang apa yang menyebabkan penyakit dia. Long covid, masalah buah pinggang… semua itu tidak keluar dari mulut doktor. Sepanjang saya bersama doktor tidak ada pun dimaklumkan punca sakit ini disebabkan apa yang dia makan.

“Akan timbul juga spekulasi yang boleh menjatuhkan perniagaan orang. Kita tak mahu perkara ini melarat dan beri ancaman,” ujarnya.

Mengulas perkara sama, Ungku juga berharap usaha mengumpul sumbangan bagi membantu Nad seperti yang telah dilakukan sejak beberapa hari lalu tidak menjadi buah mulut orang ramai.

Sepanjang saya bersama doktor tidak ada pun dimaklumkan punca sakit ini disebabkan apa yang dia makan

Seperti yang sering dikatakan sebelum ini, Ungku sentiasa mengharapkan doa supaya Nad kembali pulih.

“Sumbangan itu adalah inisiatif saya, rakan-rakan dan peminat. Ada kata-kata kononnya Nad tiada insurans… saya tak pernah katakan begitu. Saya berusaha untuk menjaga nama keluarganya. Janganlah susahkan keluarga Nad.

nad zainal 2

Ungku mohon hentikan sebarang cerita tidak benar tentang penyakit Nad.

“Kalau ada keraguan janganlah memberi sumbangan dan jangan cuba ‘racun’ orang lain sampai tak jadi nak sedekah,” jelasnya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

BACA:

Ramai terharu lihat bapa menangis teresak-esak gagal selamat anak dibaham buaya

Pengambilan besar-besaran TLDM 2023

Ubi kentang bertunas boleh bantu cermin kereta untuk air hujan mengalir laju