Hazri seperti sudah tahu akan masuk liang lahad petang Khamis”…

Hazri seperti sudah tahu akan masuk liang lahad petang Khamis”…

Alhamdulillah, selesai sudah.

Petang ini saya dapat solat jenazah untuk sahabat saya. Dapat juga menghantar arwah sehingga ke liang lahad..

1 perkara yang saya akan merindui sahabatku Hazri ini, walaupun beliau ‘begitu’, ketika hidupnya, beliau sangat taksub kepada baginda Rasulullah SAW. Setiap sunnah baginda, setiap hadis, setiap amalan nabi Muhammad saw, semua beliau ingat. Tidak lekang di mulut beliau menyebut, menceritakan dan, berselawat memuji Rasulullah SAW.

2 hari lepas, beliau datang jumpa adik lelakinya dalam keadaan menangis, meminta ampun maaf kepada semua, sambil memberitahu bahawa beliau akan dimasukkan ke dalam liang lahad pada petang Khamis.

Subhanallah! Memang benar, sekarang ini petang Khamis, dan beliau masuk ke liang lahad. Saya doakan agar beliau dapat syafaat dan dapat duduk rapat dengan Rasulullah SAW yang dirinduinya di alam sana.

Saya selaku pemegang amanah orang ramai, dan saya mewakili kita semua dalam Fb ini, telah memberi sponsor untuk segala urusan jenazah Hazri ini. Semoga amal kebaikan kita juga diterima oleh Allah.

Terima kasih sangat kepada pihak keluarga beliau, kepada jemaah surau kampung beliau, kepada pihak Hospital Yan, dan khas buat PDRM, kerana mempermudahkan urusan jenazah sahabat saya ini.
“Berehatlah wahai sahabat, hari ini aku hantar dirimu ke liang lahad. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di akhirat”

Ikhlas dari ‘abangmu’ ini, Abang Fitri.

Sumber:

COMMENTS