Hawa Rizwana dari TV3 ke Astro, sah jadi hos tetap Meletop

Hawa Rizwana dari TV3 ke Astro, sah jadi hos tetap Meletop. Teka-teki mengenai pengacara tetap program MeleTOP akhirnya terjawab apabila Hawa Rizwana diumumkan akan menggalas tanggungjawab tersebut.

Pemilihan Hawa itu diumumkan secara rasmi menerusi program MeleTOP yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.

Dalam pengumuman terbabit, Nabil tampil bersama-sama empat penari lelaki yang meneka satu persatu antara tiga tirai yang diletakkan di pentas.

Tirai terakhir menyaksikan pembaca berita dan pengacara Hawa Rizwana yang berpakaian serba biru diperkenalkan sebagai pengacara tetap MeleTOP.

Hawa Rizwana dari TV3 ke Astro, sah jadi hos tetap Meletop

Kemunculan Hawa juga disambut baik dan penuh sorakan penonton yang gembira dengan pengumuman itu.

“Sebenarnya tak terkata. Alhamdulillah sebenarnya ini satu mimpi yang tak pernah dijangka. Terima kasih sudi terima saya, insya-Allah saya akan cuba yang terbaik!” kata Hawa.

Dalam pada itu, Nabil juga mengumumkan MeleTOP bakal mengadakan Konsert 10Q MeleTOP pada minggu hadapan bersempena dengan ulang tahun program berkenaan.

Terdahulu, program ini tidak mempunyai pengacara tetap untuk bergandingan dengan Nabil Ahmad selepas Neelofa mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada Disember 2019.

Neelofa telah digandingkan dengan Nabil untuk mengemudikan MeleTOP sejak tahun 2012.

BACA JUGA :

Neelofa dedah kena paksa baca al-quran

Ringgit jatuh ‘menggila’ lagi

Anwar calon pilihan utama jadi PM diikuti rapat KJ dan Rafizi, menurut kajian