Hasrat laksana PKPB seluruh Kelantan, Exco tanya pendapat netizen

Hasrat laksana PKPB seluruh Kelantan, Exco tanya pendapat netizen

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin tampil meminta pendapat rakyat keperluan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKPB) di seluruh negeri itu.

“Kalau kita buat PKPB seluruh Kelantan lagu (macam) mana? Setuju ke? Soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Difahamkan soalan itu ditujukan untuk mendapat reaksi umum susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu sejak kebelakangan ini.Semakan

Malaysiakini mendapati, rata-rata pengikut Facebook anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang itu menyatakan persetujuan langkah itu diambil sebagai langkah terbaik membendung penularan wabak berkenaan.

Pemilik akaun Facebook Rayyan Aydan berkata, dia bersetuju PKPB dilaksanakan khususnya di daerah Machang susulan penularan melibatkan kluster Mengketil.

“Sekat dulu keluar masuk dari Machang untuk dua minggu, Kluster Kube dah dapat dikawal dua hari dah tiada kes. Kluster Mengketil naik mendadak dan melebihi Kluster Kube dalam tempoh singkat,” katanya.

Siti Marlina Musa juga berkata dia setuju dengan langkah itu sebagai jalan terbaik mengatasi penularan Covid-19

Setuju YB (yang berhormat), itulah jalan terbaik untuk mengatasi penularan wabak Covid-19, saya mohon sangat agar tiada proses keluar masuk dalam negeri ni kecuali betul-betul atas urusan kerja atau kecemasan.

“Demi keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan rakyat laksanalah PKPB secepat mungkin, moga Kita semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T,” katanya.

Terdahulu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan harian melaporkan sebanyak 17 kes baru direkodkan di Kelantan, hari ini.

Ia menjadikan jumlah kes aktif di Kelantan ketika ini adalah sebanyak 73.

Berita penuh ; https://www.malaysiakini.com/news/551687

COMMENTS