‘Hari ini RM1 esok boleh jatuh kepada 20 sen’, duit RM tak laku di Thailand

‘Hari ini RM1 esok boleh jatuh kepada 20 sen’, duit RM tak laku di Thailand. Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila nilai mata wang Malaysia dikatakan tidak laku di negara jiran apabila rata-rata premis ‘money changer’ menolak daripada menerima pertukaran ringgit tersebut.

Perkara tersebut disuarakan oleh pakar bedah Bariatrik, Dr. Abdul Gafoor Mubarak menerusi perkongsian video di TikToknya.

Katanya, September lalu, dia berada di Phuket, Thailand bagi melakukan operasi pembedahan di sana.

Malangnya, ketika berada di negara tersebut, wang Malaysia yang dibawanya tidak dapat ditukar di kaunter pertukaran wang (money changer) berikutan kejatuhan nilai mata wang negara.

“Menariknya, ketika saya di Phuket, saya bawa duit Malaysia dan nak tukar di sana, mereka (money changer) tak nak ambil.

‘Hari ini RM1 esok boleh jatuh kepada 20 sen’, duit RM tak laku di Thailand

“Katanya duit Malaysia hari ini mungkin harganya RM1 esok boleh jatuh kepada 20 sen sahaja,” katanya.

Katanya, situasi tersebut merupakan suatu perkara yang memalukan apabila Ringgit Malaysia tidak mempunyai nilai di negara luar.

“Pihak ‘money changer’ beritahu saya yang duit Malaysia tak ada nilai di negara mereka,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Rahul Mugilan berkata, ketika isterinya pulang ke Filipina, negara tersebut juga enggan menerima Ringgit Malaysia.

“Pihak di sana tidak terima duit Malaysia untuk ditukarkan kepada duit Filipina, mereka hanya terima wang dolar,” ujarnya.

BACA:

Gaya pakcik ini bikin ramai tergelak, dia tuck-in baju hujan..

Kecoh bergaduh dalam Balai Polis, ini punca pergaduhan

Rahim Sepahtu dedah sebab Shuib merajuk tak nak sertai Sepahtu Reunion