“Harap Syamsul tak lupa asal-usul”, pesanan padu Yusuf Haslam buat anaknya

“Harap Syamsul tak lupa asal-usul”, pesanan padu Yusuf Haslam buat anaknya. Kemelut rumah tangga pengarah dan penerbit terkenal iaitu Syamsul Yusof bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana nampak gayanya masih belum menemui noktah dan ianya kini menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Terbaru, bapa kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam meminta anak dan menantunya itu segera menyelesaikan konflik yang melanda rumah tangga mereka.

‘Saya dan isteri tak mahu melihat mereka bercerai’

Datuk Yusof Haslam akui sedih dan terkilan dengan kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah. Malah Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Fatimah Ismail juga berharap agar konflik yang berlaku sejak empat tahun lalu itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik demi nama baik keluarga dan anak-anak.

Secara peribadi, saya rasa tidak adil jika rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan. Itu adalah perkara yang amat menyedihkan dan saya tidak melihat apa-apa kebaikan di situ.

"Harap Syamsul tak lupa asal-usul", pesanan padu Yusuf Haslam buat anaknya

Tambahnya lagi, dia berharap agar anak dan menantunya itu tidak membiarkan masalah ini tanpa sebarang penyelesaian sehingga menjadi semakin rumit.

Saya bangga dengan apa yang dicapai Syamsul ketika ini. Saya hormat dia. Cuma saya harap dia tak lupa asal usul. Dalam hal rumah tangga, saya minta dia dan Puteri Sarah perbetulkan keadaan. Saya dan isteri tak mahu melihat mereka bercerai.

Terdahulu, kisah kemelut rumah tangga Syamsul dan isterinya yang juga pelakon Puteri Sarah didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah kemudian memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap seorang wanita yang didakwa sebagai kekasih Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

BACA:

Aksi pak cik ini jerit ‘nama’ burung panggil makan curi tumpuan

Dah macam polis trafik, aksi rider grab buka laluan untuk ambulans dapat pujian

Bantuan MEF : Kemudahan perusahaan Mikro sehingga RM50,000