Hanya tiga orang sahaja dibenarkan hadir majlis akad nikah

Hanya tiga orang sahaja dibenarkan hadir majlis akad nikah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menetapkan hanya tiga orang dibenarkan hadir pada majlis akad nikah di cawangan Jawi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Perkara itu dimaklumkan Jawi menerusi garis panduan terbaharu dikemaskini yang berkuat kuasa serta merta mulai hari ini.

Menurut Jawi, tiga orang yang dibenarkan itu termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.

“Manakala, jurunikah dan dua orang saksi adalah daripada pihak Jawi,” katanya.

Sementara itu, Jawi berkata, pihak yang terbabit dalam majlis akad nikah mestilah tidak mempunyai gejala, bukan kontak rapat kes positif Covid-19 atau di bawah Pemerhatian di Rumah (HSO) dan bukan dari kawasan PKP Diperketatkan.

“Semua pihak yang dibenarkan hadir ke majlis akad nikah wajib menjalani ujian calitan dalam tempoh tiga hari sebelum majlis akad nikah dan keputusan ujian mestilah negatif dan ia kemudian diserahkan kepada jurunikah sebagai bukti.

“Tempoh masa perjalanan keseluruhan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit dan hanya mas kahwin serta dokumen berkaitan dibenarkan berada dalam ruang majlis,” katanya.

Katanya, kegagalan mematuhi SOP ditetapkan menyebabkan semua terbabit dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/25/hanya-tiga-orang-dibenarkan-hadir-majlis-akad-nikah/

COMMENTS