Hanya Pengundi lengkap vaksin sahaja boleh mengundi? Ini penjelasan SPR

Hanya Pengundi lengkap vaksin sahaja boleh mengundi? Ini penjelasan SPR

Hanya Pengundi lengkap vaksin sahaja boleh mengundi? Ini penjelasan SPR.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan hanya pengundi yang lengkap divaksinasi dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di Melaka.

Dalam satu kenyataan, SPR juga berkata prosedur operasi standard (SOP) PRN masih belum dimuktamadkan.

“SOP ini akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa.” katanya.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya dua portal berita melaporkan PRN hanya dibuka untuk pengundi yang telah lengkap divaksinasi.

Ketika dihubungi, sumber SPR memaklumkan kepada MalaysiaNow bahawa laporan itu tidak benar.

“Kami tidak dapat larang pengundi yang layak yang tidak divaksinasi untuk mengundi, kerana ia tidak selari dengan Perlembagaan berikutan kerajaan tidak mewajibkan vaksinasi,” katanya.

Sumber: FMT

BACA: Wanita dikecam sengaja tinggal kesan gincu agar kekasih bercerai

COMMENTS