Hanya 3 wakil BN, GPS menghadap Agong

Hanya 3 wakil BN, GPS menghadap Agong

Hanya 3 wakil BN, GPS menghadap Agong. Tiga pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan wakil pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat meninggalkan Istana Negara selepas hampir 40 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, kesemua mereka tidak memberhentikan kenderaan dan memberikan sebarang kenyataan hasil daripada sesi berkenaan.

Mereka ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hasan; serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Hanya 3 wakil BN, GPS menghadap Agong

Pemimpin BN yang memasuki Istana Negara pada jam 10.45 pagi dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 11.25 pagi.

Setakat jam 12 tengah hari, Astro AWANI mendapati 27 ahli BN yang lain belum tiba di Istana Negara.

Sementara itu, pemimpin GPS yang dilihat memasuki di Istana Negara sekitar pukul 11 pagi pula meninggalkan Istana Negara pada jam 11.50 pagi.

Mereka diwakili oleh Datuk Seri Fadillah Yusof; Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Memetik laporan Utusan Borneo, Fadillah mengesahkan gabungan berkenaan kekal menyokong Perikatan Nasional (PN).

BACA:

BN mohon tangguh lagi jumpa Agong

Isu GV : Alyah dedah terima DM makian, ini puncanya

Didakwa sombong, Shila Amzah akhirnya buka mulut